BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN MULAI ESOK : (2025) SEMAK STATUS PENERIMA DAN JUMLAH BAYARAN
Seramai 8.6 juta rakyat Malaysia bakal menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mulai esok, 12 Ogos 2025 yang melibatkan peruntukan RM2 bilion bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Menurut Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat yang layak tidak terlepas daripada menikmati manfaat yang disediakan. Jumlah ini menunjukkan peningkatan 300,000 penerima berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1 Januari lalu, hasil daripada pembukaan permohonan baharu serta proses rayuan yang dilaksanakan kerajaan sepanjang tahun.
Ikuti artikel ini untuk info lengkap tentang bayaran STR Fasa 3 yang akan dikreditkan mulai esok kepada penerima yang layak.
BACA JUGA: SEMAK STATUS TERKINI STR FASA 3 SECARA ONLINE
APAKAH SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR?
Beberapa syarat telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan STR. Syarat-syarat tersebut termasuk:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU 19 tahun ke atas (masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS) hanya boleh disenaraikan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, bukan pemohon individu bujang.
BILAKAH TARIKH BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN?
Bayaran STR Fasa 3 akan mulai dikreditkan esok, 12 Ogos 2025 secara berperingkat kepada penerima yang layak. Berikut disertakan jadual tentang fasa bantuan dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN BANTUAN STR?
Untuk memudahkan penerima, Bantuan STR Fasa 3 akan disalurkan menerusi dua cara berbeza bergantung kepada kategori penerima. Rujuk butiran di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
BERAPAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 3?
Jumlah bayaran STR berbeza mengikut kategori kelayakan pemohon. Berikut disertakan jadual agar dapat memberi gambaran yang lebih jelas:
| KATEGORI PENERIMA | PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|---|
| ISI RUMAH B40 | <RM2500 | RM150-RM650 |
| ISI RUMAH M40 | RM2501-RM5000 | RM150-RM300 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | <RM5000 | RM150 |
| BUJANG | <RM2500 | RM150 |

BAGAIMANAKAH CARA SEMAK BAYARAN STR FASA 3?
Semakan bagi bayaran STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN
Panduan bagi Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Mulai Esok ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]