BANTUAN STR FASA 3 BILA MASUK : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN STR FASA 3 BILA MASUK : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 kini menjadi tumpuan rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40 yang menantikan tarikh rasmi pembayaran. Seiring dengan pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui penyaluran bantuan tunai secara berperingkat. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya bagi mereka yang terjejas akibat peningkatan harga barang dan keperluan harian. Penyaluran Fasa 3 merupakan kesinambungan daripada Fasa 1 dan 2 yang telah diagihkan awal tahun ini.

Artikel ini akan menjelaskan bila pembayaran masuk STR Fasa 3 dan bagaimana cara menyemak status kelayakan serta info lengkap tentang bantuan tersebut.

BACA JUGA: CHECK TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Bantuan STR ini disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Maka, beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Jika anda bujang berumur 21 tahun atau OKU yang berumur 19 tahun ke atas dan masih belajar di IPT, anda tak boleh mohon sebagai individu. Anda hanya boleh disenaraikan bawah tanggungan dalam permohonan isi rumah.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Jumlah bayaran masuk bantuan STR yang diterima bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Berikut adalah jadual menunjukkan kategori dan jumlah bantuan yang ditetapkan:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM2500RM600

CARA BAYARAN MASUK BANTUAN STR

Bantuan STR akan disalurkan melalui 2 cara yang fleksibel bagi memudahkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BANTUAN STR FASA 3 SEMAKAN

Semakan bagi kelayakan status Bantuan STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

LOGIN BANTUAN STR FASA 3 SEMAKAN

SEMAKAN STATUS STR MELALUI PORTAL RASMI

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

    Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

    Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  8. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

TARIKH BANTUAN STR FASA 3 BILA MASUK

Pembayaran Bantuan STR diagihkan mengikut 4 fasa. Ramai penerima kini menantikan pengumuman rasmi tarikh bayaran bagi Fasa 3. Jadual berikut menunjukkan pecahan setiap fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

*Tarikh akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Mengikut rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal bulan September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan STR Fasa 3 Bila Masuk ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline STR: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email: [email protected]

Leave a Comment