TARIKH BAYAR STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus menjadi antara inisiatif utama kerajaan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan memperkukuh komitmen terhadap kebajikan rakyat dengan meneruskan pemberian STR secara berfasa sepanjang tahun ini. Pengumuman bagi tarikh bantuan STR Fasa 3 merupakan antara yang paling dinantikan, terutamanya bagi isi rumah berpendapatan rendah, warga emas, dan golongan bujang yang layak.
Nak tahu bila tarikh bayar STR Fasa 3? Dalam artikel ini, kami kongsikan tarikh pembayaran STR Fasa 3 tahun 2025, jumlah dan cara bayaran serta panduan untuk membuat semakan status kelayakan secara atas talian.
BACA JUGA: CHECK STATUS TERKINI BANTUAN TUNAI 2025
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan STR adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori pemohon ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU 19 tahun ke atas (masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS) hanya boleh disenaraikan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, bukan pemohon individu bujang.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Jumlah bantuan STR yang akan di bayar bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Berikut adalah jadual menunjukkan kategori dan jumlah bantuan yang ditetapkan:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| <RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| <RM2500 | RM600 |
CARA BAYAR BANTUAN STR
Untuk memudahkan penerima, Bantuan STR di bayar menerusi dua cara berbeza bergantung kepada kategori penerima. Rujuk butiran di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
STR FASA 3 SEMAKAN
Semakan status Bantuan STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL STR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
TARIKH BAYAR STR FASA 3
Bantuan STR di bayar secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan mesti sedang ternanti-nanti pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi Tarikh Bayar STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]