BANTUAN SARA MYKAD RM100 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN BARANGAN ASAS 2025
Kerajaan terus komited meringankan beban kos sara hidup rakyat menerusi inisiatif Bantuan SARA MyKasih yang diteruskan dalam Belanjawan 2025. Melalui program ini, golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) akan menerima bantuan bulanan RM100 yang disalurkan secara automatik ke dalam MyKad masing-masing. Bantuan ini khusus untuk pembelian barangan asas di lebih 4100 kedai atau pasar raya terpilih. Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan tekanan kewangan isi rumah, malah memberi ruang kepada penerima menguruskan perbelanjaan dengan lebih bijak dan terkawal. Belanjawan 2025 turut menggariskan penambahbaikan dalam sistem penyasaran subsidi bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang layak.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan bantuan SARA MyKad RM100? Artikel ini akan membimbing anda menyemak status kelayakan dan memahami lebih lanjut tentang bantuan melalui MyKad.
BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH 2025
SYARAT BANTUAN SARA MYKAD RM100
Sebelum permohonan diluluskan, pemohon perlu memastikan mereka memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi bantuan SARA MyKad RM100. Di bawah ini adalah syarat kelayakan yang perlu diberi perhatian:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKAD
Setiap kategori kelayakan penerima akan menerima bantuan SARA MyKad RM100 pada tarikh yang berbeza seperti butiran di bawah.
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
JUMLAH BANTUAN SARA MYKAD
Setiap penerima bantuan SARA MyKad akan mendapat jumlah berbeza yang dimasukkan terus ke dalam MyKad mereka berdasarkan kategori kelayakan. Berikut adalah jadual bagi kategori penerima dan jumlah bantuan yang diperuntukkan:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*TERKINI BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF RM100 SARA UNTUK SEMUA
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

CARA SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
Berikut merupakan langkah mudah untuk menyemak baki kredit bantuan SARA dalam MyKad di kaunter pasaraya terpilih:
- Kunjungi pasaraya terlibat
- Pergi ke mana-mana pasaraya rakan niaga MyKasih seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, atau lain-lain yang mengambil bahagian.
- Maklumkan kepada juruwang
- Beritahu juruwang anda ingin membuat semakan baki bantuan SARA MyKasih.
- Serahkan MyKad
- Berikan MyKad anda untuk diproses melalui mesin pembayaran elektronik mereka.
- Terima resit semakan
- Juruwang akan membantu semak dan memberikan resit yang memaparkan baki bantuan yang masih ada.
BANTUAN SARA MYKAD RM100 SEMAKAN
Semakan status bantuan SARA MyKad RM100 boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua platform rasmi. Panduan penuh serta pautan portal disertakan di bawah:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan SARA MyKad RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]