DUIT BANTUAN 100 : SEMAK STATUS PENERIMA SARA DALAM MYKAD 2025
Pada pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah meneruskan inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai sebahagian daripada usaha menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini disalurkan secara bulanan sebanyak RM100 ke dalam MyKad penerima yang layak, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di lebih 4100 kedai atau pasar raya terpilih melalui sistem MyKasih. Bantuan SARA ini menyasarkan golongan B40 dan M40. Ia bukan sahaja memberi kelegaan kepada isi rumah berpendapatan rendah, malah memperkukuh sistem penyampaian subsidi secara bersasar dan efisien.
Bagaimanakah cara semak status duit bantuan 100? Artikel ini akan membimbing anda untuk menyemak status kelayakan penerimaan RM100 dalam MyKad bagi tahun 2025.
BACA JUGA: CARA CHECK DUIT BANTUAN DALAM IC 2025
SYARAT KELAYAKAN DUIT BANTUAN 100
Untuk melayakkan diri menerima duit bantuan 100, pemohon mestilah memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN
Bayaran duit bantuan 100 akan dibuat mengikut tarikh yang berbeza berdasarkan kategori kelayakan penerima seperti yang tertera di bawah:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN
Penerima duit bantuan akan menerima bantuan dalam bentuk kredit elektronik terus ke MyKad, dengan jumlah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima serta jumlah bantuan masing-masing:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*TERKINI BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF RM100 SARA UNTUK SEMUA
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

CARA GUNA DUIT BANTUAN 100
Penerima bantuan boleh mengikuti langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk menggunakan duit bantuan 100 yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

- Pilih Barang Keperluan
- Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
- Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
- Juruwang akan semak status MyKad penerima.
- Tukar Nombor PIN
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Guna MyKad
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
- Simpan Resit untuk Semakan
- Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
DUIT BANTUAN 100 SEMAKAN
Penerima duit bantuan 100 boleh menyemak bantuan mereka melalui dua saluran digital rasmi. Di bawah ini disertakan langkah semakan dan pautan portal:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Duit Bantuan 100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]