BANTUAN RAHMAH 100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN RAHMAH 100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Bantuan Rahmah 100 MyKad diteruskan melalui Belanjawan 2025. Bantuan ini diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang layak sebagai langkah untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Di bawah inisiatif ini, penerima akan menerima bantuan barangan asas bernilai RM100 setiap bulan yang dimasukkan terus ke dalam MyKad dan boleh digunakan di lebih 4100 kedai dan pasar raya terpilih. Kerajaan memperuntukkan RM13 bilion dana bantuan bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah mendapat keperluan asas secara konsisten. Sumbangan ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan, tetapi juga menggalakkan penggunaan tanpa tunai melalui pengesahan MyKad.

Bagaimanakah cara membuat semakan Bantuan Rahmah 100 MyKad? Ikuti artikel ini untuk info lengkap tentang bantuan tersebut.

BACA JUGA: SEMAK STATUS TERKINI KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH 100 MYKAD

Kalau nak dapatkan Bantuan Rahmah 100 ini, ada beberapa syarat penting yang perlu dipenuhi. Jom semak sama ada anda layak atau tidak mengikut kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAHMAH 100

Pembayaran Bantuan Rahmah 100 disusun mengikut kategori kelayakan penerima dengan tarikh yang berlainan, seperti dijelaskan di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN RAHMAH DALAM MYKAD

Bantuan Rahmah disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad kepada penerima mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat jumlah bantuan bagi setiap kategori:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF RM100 SARA UNTUK SEMUA

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
JUMLAH BANTUAN RAHMAH DALAM MYKAD

CARA GUNA BANTUAN RAHMAH

Untuk menggunakan Bantuan Rahmah 100 yang dikreditkan terus ke MyKad, penerima boleh mengikuti langkah-langkah panduan di bawah:

CARA GUNA BANTUAN RAHMAH
  1. Pilih Barang Keperluan
    • Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    • Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    • Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    • Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    • Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BANTUAN RAHMAH 100 MYKAD SEMAKAN

Semakan status Bantuan Rahmah boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua platform rasmi. Panduan penuh serta pautan portal disertakan di bawah:

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN BANTUAN RAHMAH 100 MYKAD SEMAKAN
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

LOGIN BANTUAN RAHMAH 100 MYKAD SEMAKAN
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan Rahmah 100 MyKad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment