SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI : (STR FASA 3 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan Tunai STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3 tahun 2025 merupakan antara inisiatif utama kerajaan dalam Belanjawan 2025 bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Bantuan ini disasarkan kepada golongan B40 dan M40 yang layak menerima, sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memperkukuh sistem perlindungan sosial negara. Menurut pembentangan Belanjawan 2025, seramai 9 juta penerima daripada kalangan isi rumah, warga emas dan bujang telah disenaraikan sebagai penerima STR bagi tahun ini. Bantuan ini bukan sahaja membantu menampung perbelanjaan harian, malah turut memberi ruang kepada penerima untuk mengurus kewangan keluarga dengan lebih stabil.
Semakan status kelayakan penerima bantuan tunai boleh dibuat secara atas talian. Artikel ini akan membimbing anda cara membuat semakan status STR Fasa 3 2025 serta maklumat penting berkaitan syarat kelayakan, jumlah bantuan dan tarikh pembayaran.
BACA JUGA: CEK TARIKH BAYARAN MASUK BANTUAN FASA 3 STR (2025)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI
Untuk memastikan Bantuan Tunai disalurkan kepada yang memerlukan, terdapat beberapa syarat kelayakan mengikut kategori pemohon yang perlu dipenuhi. Antaranya ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
NOTA TAMBAHAN: Bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU 19 tahun ke atas (masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS) hanya boleh disenaraikan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, bukan pemohon individu bujang.
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI
Bantuan Tunai dibayar secara berperingkat melibatkan empat fasa utama. Penerima kini menunggu pengesahan rasmi daripada pihak kerajaan mengenai tarikh pembayaran bagi Fasa 3. Lihat jadual berikut untuk maklumat lengkap:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh bayaran bantuan tunai akan dikemas kini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Untuk rujukan, pembayaran Fasa 3 pada tahun 2024 dibuat sekitar akhir Ogos hingga awal September – Sumber: bantuantunai.hasil (FAQ).
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR
Setiap penerima Bantuan Tunai STR akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori mereka. Lihat jadual di bawah untuk butiran lengkap bantuan yang layak diterima:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR
Ada dua cara pembayaran bagi Bantuan Tunai ini, ditentukan berdasarkan jenis penerima. Berikut adalah perinciannya:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3
Penerima yang ingin menyemak kelayakan Bantuan Tunai Fasa 3 STR boleh berbuat demikian melalui laman rasmi yang disediakan pihak kerajaan. Berikut ialah panduan semakan yang lengkap:

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI MELALUI PORTAL MYSTR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Status Bantuan Tunai ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]