STR FASA 3 BILA MASUK : (2025) SEMAKAN STATUS TERKINI PENERIMA
STR Fasa 3 Bila Masuk? Itulah persoalan utama yang sering ditanya oleh penerima bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025. Ramai yang ternanti-nanti tarikh rasmi bayaran Fasa 3 diumumkan, terutama isi rumah B40 dan M40, warga emas serta individu bujang yang bergantung kepada bantuan kewangan ini. Berdasarkan Belanjawan 2025, kerajaan komited meneruskan STR bagi meringankan beban rakyat dan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Nak tahu bila tarikh masuk bantuan STR Fasa 3? Ikuti artikel ini untuk maklumat yang lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAK JADUAL PEMBAYARAN BAGI FASA 3 STR 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Jumlah bantuan masuk STR yang diterima bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Berikut adalah jadual menunjukkan kategori penerima dan jumlah bantuan yang ditetapkan:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN STR FASA 3
Untuk memudahkan penerima, bantuan masuk STR akan disalurkan menerusi dua cara berbeza bergantung kepada jenis penerima. Rujuk butiran di bawah:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN STATUS STR FASA 3
Penerima yang ingin menyemak status STR Fasa 3 boleh berbuat demikian melalui laman rasmi yang disediakan pihak kerajaan. Berikut ialah panduan semakan yang lengkap:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI STR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
TARIKH STR FASA 3 BILA MASUK
Setiap tahun, bantuan STR diagih secara berperingkat. Tahun 2025 menyaksikan 4 fasa bayaran, dan kini tumpuan diberikan kepada pengumuman Fasa 3. Berikut ialah jadual lengkap bagi setiap fasa bantuan dan tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Mengikut rekod tahun sebelumnya, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal bulan September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi STR Fasa 3 Bila Masuk ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]