BANTUAN KESIHATAN MADANI 2025 : SEMAKAN ONLINE KELAYAKAN

BANTUAN KESIHATAN MADANI 2025 : SEMAKAN ONLINE KELAYAKAN

Bantuan Kesihatan Madani 2025 di bawah Skim Perubatan Madani merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memastikan akses kesihatan yang lebih menyeluruh dan mampu milik terutama buat golongan B40 dan M40. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan pesakit, malah memperkasakan sistem kesihatan awam negara. Bantuan ini memberi tumpuan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana sebagai usaha kerajaan dalam meningkatkan penjagaan kesihatan rakyat dengan lebih baik. Ia merangkumi pelbagai bentuk sokongan seperti subsidi ubat, rawatan sakit ringan, pemeriksaan kesihatan dan pembiayaan perubatan di klinik panel terpilih.

Bagaimanakah cara membuat semakan kelayakan Bantuan Kesihatan Madani 2025? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan dalam artikel ini.

BACA JUGA: CHECK ONLINE STATUS TERKINI BANTUAN PERUBATAN MADANI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KESIHATAN MADANI

Bantuan Kesihatan Madani tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Jadi, kelayakan penyertaan ditentukan secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan, iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori isi rumah (termasuk tanggungan berdaftar), warga emas tanpa pasangan serta individu bujang. Antara syarat kelayakan umum lain yang perlu dipenuhi termasuklah:

  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Tersenarai dalam data penerima STR 2024 / 2025.
  • Tersenarai dalam sistem eKasih.
  • Pendapatan isi rumah mengikut kelayakan B40.
  • Tiada perlindungan kesihatan lain (seperti insurans swasta atau perlindungan penuh majikan).

Nota Penting: Penerima yang layak hendaklah membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima sebarang bentuk manfaat daripada skim kesihatan lain yang disediakan oleh majikan, kerajaan negeri atau mana-mana institusi perubatan.

JUMLAH BANTUAN KESIHATAN MADANI

Penerima yang layak akan menerima jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori kelayakan permohonan mereka. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM250
WARGA EMAS (TANPA PASANGAN)RM125
BUJANGRM75

JENIS RAWATAN BANTUAN KESIHATAN MADANI

Golongan B40 kini boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) bagi Penjagaan Kesihatan Primer Akut, iaitu rawatan untuk sakit-sakit ringan. Bantuan ini menyasarkan kira-kira 700,000 penerima untuk mendapatkan rawatan secara percuma di GP, sekaligus mengurangkan beban kos kesihatan. Antara jenis rawatan yang termasuk dalam kategori sakit ringan adalah seperti berikut:

  • Demam & selsema.
  • Sakit kepala.
  • Cirit birit & Muntah.
  • Terseliuh.
  • Trauma ringan seperti luka ringan & lain-lain.

CARA SEMAK BAKI BANTUAN KESIHATAN MADANI

Kerajaan menyediakan satu aplikasi khas bagi memudahkan semakan baki had manfaat kelayakan oleh penerima bantuan. Di bawah adalah perincian aplikasi dan cara membuat semakan:

CARA SEMAK BAKI BANTUAN KESIHATAN MADANI

SEMAKAN BAKI HAD MANFAAT KESIHATAN MADANI

  1. Muat turun aplikasi “Perubatan MADANI” melalui Google Play Store atau Apple App Store.

  2. Buka aplikasi dan SETUJU dengan Terma Umum & Dasar Privasi.

  3. Masukkan nombor kad pengenalan (IC) dan nombor telefon untuk log masuk.

  4. Pilih menu “Baki” atau “Transaksi” dalam aplikasi.

  5. Paparan akan tunjukkan jumlah baki semasa yang boleh digunakan di klinik panel.

BANTUAN KESIHATAN MADANI SEMAKAN

Terdapat dua platform atas talian yang boleh digunakan oleh penerima bantuan untuk menyemak Bantuan Kesihatan Madani. Berikut adalah langkah-langkah lengkap yang perlu diikuti:

SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI PROTECTHEALTH

LOGIN BANTUAN KESIHATAN MADANI SEMAKAN
  1. Layari laman rasmi: www.protecthealth.com.my
  2. Klik menu “Perubatan MADANI”
    • Pilih pautan berkaitan program Skim Perubatan MADANI di laman utama.
  3. Pilih Semakan Status
    • Klik pada butang “Semak Kelayakan” atau pautan semakan.
  4. Masukkan Maklumat Peribadi
    • No Kad Pengenalan (IC)
    • Kod keselamatan (captcha)
  5. Tekan “Semak
    • Keputusan akan dipaparkan sama ada anda:
      • Layak menerima bantuan, beserta jumlah (RM250, RM175 atau RM75)
      • Belum layak / dalam semakan

SEMAKAN MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

LOGIN BANTUAN KESIHATAN MADANI SEMAKAN
  1. Buka aplikasi MySejahtera & pastikan telah dikemas kini.
  2. Pada laman utama, pilih ikon “Skim Perubatan MADANI”.
  3. Tekan butang “Semak Kelayakan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (jika diperlukan) atau log masuk guna ID MySejahtera.
  5. Paparan akan tunjukkan sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan (RM250, RM175, atau RM75).
  6. Jika layak, info baki & tarikh tamat tempoh bantuan juga akan dipaparkan.
  7. Nota Tambahan: Pastikan anda daftar MySejahtera guna nombor telefon yang sama seperti permohonan STR/eKasih.

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan Kesihatan Madani ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment