BANTUAN PERUBATAN MADANI 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN (RM250 & RM125 & RM75)
Bantuan Perubatan Madani 2025 diperkenalkan bagi meringankan kos rawatan asas bagi golongan B40 dan M40. Melalui inisiatif ini, penerima boleh mendapatkan rawatan di klinik panel terpilih dengan bayaran ditanggung kerajaan mengikut kelayakan permohonan. Ia adalah salah satu usaha kerajaan dalam menambah baik penjagaan kesihatan rakyat.
Bagaimanakah cara nak buat semakan status kelayakan Bantuan Perubatan Madani 2025? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan dalam artikel ini.
BACA JUGA: SEMAK CARA MOHON I-SURI KWSP 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PERUBATAN MADANI
Tiada pendaftaran diperlukan untuk Bantuan Perubatan Madani. Kelayakan untuk penyertaan dalam bantuan ini adalah secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori isi rumah (serta tanggungan mereka yang berdaftar), warga emas tanpa pasangan dan bujang. Antara syarat kelayakan umum lain yang perlu dipenuhi ialah:
- Merupakan warganegara Malaysia
- Tersenarai dalam data penerima STR 2024 / 2025
- Tersenarai dalam sistem eKasih
- Pendapatan isi rumah mengikut kelayakan B40
- Tiada perlindungan kesihatan lain (seperti insurans swasta atau perlindungan penuh majikan)
Nota Tambahan: Mereka yang layak wajib membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima manfaat daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
JENIS RAWATAN BANTUAN PERUBATAN MADANI
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) bagi Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan). Bantuan ini menyasarkan lebih kurang 700,000 penerima bantuan di GP secara percuma sekaligus membantu meringankan beban kos rawatan kesihatan. Antara jenis rawatan sakit-sakit ringan adalah seperti berikut:
- Demam & selsema.
- Sakit kepala.
- Cirit birit & Muntah.
- Terseliuh.
- Trauma ringan seperti luka ringan & lain-lain.
JUMLAH BANTUAN PERUBATAN MADANI
Penerima yang layak akan menerima jumlah Bantuan Perubatan Madani yang berbeza mengikut kategori permohonan STR. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM250 |
| WARGA EMAS (TANPA PASANGAN) | RM125 |
| BUJANG | RM75 |
CARA SEMAK BANTUAN PERUBATAN MADANI
Penerima bantuan boleh membuat semakan Bantuan Perubatan Madani melalui 2 cara secara atas talian. Berikut disertakan cara dan langkah lengkap untuk membuat semakan:
Melalui Laman Rasmi ProtectHealth

- Layari laman rasmi: www.protecthealth.com.my
- Klik menu “Perubatan MADANI”
- Pilih pautan berkaitan program Skim Perubatan MADANI di laman utama.
- Pilih Semakan Status
- Klik pada butang “Semak Kelayakan” atau pautan semakan.
- Masukkan Maklumat Peribadi
- No Kad Pengenalan (IC)
- Kod keselamatan (captcha)
- Tekan “Semak
- Keputusan akan dipaparkan sama ada anda:
- Layak menerima bantuan, beserta jumlah (RM250, RM175 atau RM75)
- Belum layak / dalam semakan
- Keputusan akan dipaparkan sama ada anda:
Melalui Aplikasi MySejahtera

- Buka aplikasi MySejahtera & pastikan telah dikemas kini.
- Pada laman utama, pilih ikon “Skim Perubatan MADANI”.
- Tekan butang “Semak Kelayakan”.
- Masukkan nombor MyKad (jika diperlukan) atau log masuk guna ID MySejahtera.
- Paparan akan tunjukkan sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan RM250, RM175, atau RM75.
- Jika layak, info baki & tarikh tamat tempoh bantuan juga akan dipaparkan.
- Nota Tambahan: Pastikan anda daftar MySejahtera guna nombor telefon yang sama seperti permohonan STR/eKasih.
CARA SEMAK BAKI PERUBATAN MADANI
Semakan baki had manfaat kelayakan boleh dibuat melalui aplikasi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memudahkan akses penerima bantuan. Berikut adalah butiran aplikasi & cara semakan baki had manfaat perubatan madani:

APLIKASI SKIM PERUBATAN MADANI
- Muat turun aplikasi “Perubatan MADANI” melalui Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi dan SETUJU dengan Terma Umum & Dasar Privasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan (IC) dan nombor telefon untuk log masuk.
- Pilih menu “Baki” atau “Transaksi” dalam aplikasi.
- Paparan akan tunjukkan jumlah baki semasa yang boleh digunakan di klinik panel.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan Perubatan Madani 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi ProtectHealth: https://www.protecthealth.com.my
- Hotline ProtectHealth: 03-8687 2525
- Email: [email protected]