JADUAL STR FASA 3 2025 – SEMAK ONLINE

JADUAL STR FASA 3 2025 – SEMAK ONLINE

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2025, bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Seperti tahun-tahun sebelum ini, bayaran STR akan dibuat mengikut fasa yang ditetapkan dan Fasa 3 adalah antara yang dinantikan oleh penerima yang layak. Dengan adanya jadual yang tersusun, penerima boleh merancang perbelanjaan kewangan dengan lebih baik.

Nak tahu lebih lanjut tentang jadual bayaran STR Fasa 3 2025? Artikel ini akan kongsikan maklumat lengkap kepada para pembaca.

BACA JUGA: TARIKH BAYARAN TERKINI STR 2025

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Beberapa syarat mengikut kategori pemohon telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan. Syarat-syarat tersebut termasuk:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

CARA BAYARAN STR 2025

Terdapat dua cara pembayaran bagi Bantuan STR 2025 yang ditentukan mengikut jenis penerima. Berikut adalah perinciannya:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

JUMLAH BANTUAN STR 2025

Jumlah bantuan yang diterima bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Berikut adalah jadual menunjukkan kategori penerima dan jumlah bantuan yang ditetapkan:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
<RM2500RM600

SEMAKAN STR FASA 3

Semakan bagi status STR Fasa 3 2025 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

LOGIN SEMAKAN STR FASA 3

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

    Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

    Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  8. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

JADUAL TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Bantuan STR 2025 dibayar dalam 4 fasa secara berperingkat. Ramai sedang menunggu bayaran Fasa 3 diumumkan. Jadual di bawah menunjukkan pecahan fasa bantuan dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemas kini berdasarkan pengumuman rasmi kerajaan. Rekod tahun 2024 menunjukkan bayaran Fasa 3 dibuat antara akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ).

RUJUKAN

Panduan bagi Jadual STR FASA 3 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment