SEMAK TARIKH MASUK DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAK TARIKH MASUK DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus menjadi inisiatif utama kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, khususnya golongan B40 dan M40. Pada tahun 2025, kerajaan meneruskan komitmen ini menerusi Belanjawan 2025 dengan memperuntukkan sejumlah besar dana bagi memastikan bantuan disalurkan secara berperingkat. Untuk Fasa 3 STR 2025, ramai penerima menantikan tarikh kemasukan duit bantuan ke akaun masing-masing. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta penerima merangkumi isi rumah B40 dan M40, individu bujang serta warga emas tiada pasangan. Tujuan utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Selain itu, bantuan ini juga selari dengan hasrat kerajaan dalam memastikan tiada golongan tercicir daripada jaringan perlindungan sosial.

Bagaimanakah cara semak tarikh masuk duit STR? Melalui artikel ini, anda boleh semak tarikh duit STR Fasa 3 masuk, serta status kelayakan dan kategori penerima dengan mudah dan tepat.

BACA JUGA: CHECK STATUS TERKINI BANTUAN STR FASA 3 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Beberapa syarat telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan STR. Syarat-syarat tersebut mengikut kategori pemohon termasuk:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu kategori bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH DUIT BANTUAN STR

Penerima STR akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BANTUAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BANTUAN
BAWAH RM2500RM600

CARA BAYARAN MASUK DUIT STR

Pembayaran masuk duit bantuan STR dilaksanakan melalui dua cara utama, disesuaikan mengikut jenis penerima seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STATUS DUIT BANTUAN STR

Semakan bagi status duit bantuan STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

LOGIN SEMAKAN STATUS BANTUAN STR

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

  1. Buka laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

    Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

    Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  7. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  8. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  9. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  10. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

SEMAK TARIKH MASUK DUIT STR

Bantuan Duit STR disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pasti sedang menantikan pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual semak tentang fasa bantuan & tarikh bayaran duit STR:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Tarikh Masuk Duit STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment