TARIKH MASUK STR : FASA 3 2025

TARIKH MASUK STR : FASA 3 2025

Bantuan STR Fasa 3 2025 merupakan sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi tekanan kos sara hidup. Program ini memberi fokus kepada kumpulan isi rumah B40, M40, warga emas, serta bujang yang layak menerima bantuan kewangan secara tunai.

Bagi yang sedang menantikan tarikh masuk STR Fasa 3, semak artikel penuh di bawah untuk panduan lebih lengkap.

BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BANTUAN STR (SEMAK KELAYAKAN FASA 3 2025)

STR FASA 3 2025

Pembayaran STR dibahagikan kepada beberapa fasa agihan sepanjang tahun, dan Fasa 3 menjadi salah satu fasa penting yang dinantikan ramai. Ia bukan sahaja memberi kelegaan kepada rakyat, tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Jumlah bantuan yang diterima dalam Fasa 3 berbeza mengikut kategori penerima dan dikreditkan secara berperingkat ke akaun bank masing-masing.

CARA TERIMA BAYARAN STR

Bagi memudahkan bantuan ini sampai kepada penerima. Pihak kerajaan menetapkan dua (2) kaedah bayaran yang boleh dipilih mengikut pilihan individu. Dua kaedah berikut adalah:

  • PENERIMA MELALUI AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan
  • PENERIMA TIADA AKAUN BANK
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

SEMAK STATUS MASUK BAYARAN STR

Pastikan anda membuat semakan status terlebih dahulu sama ada anda layak atau tidak terima bantuan untuk fasa 3. Berikut cara semakan bantuan str:

  • Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Sila tekan pada butang [Log Masuk].
  • Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  • Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  • Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  • Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  • Proses semakan selesai.

JUMLAH BANTUAN STR 2025

Jumlah bayaran yang diberikan bergantung pada kategori pemohon. Terdapat 3 kategori yang ditetapkan dengan jumlah bantuan yang berbeza. Semak panduan dibawah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH (B40)5 Anak Ke Atas : RM2,500
3-4 Anak : RM2,000
2-1 Anak : RM1,500
Tiada Anak : RM1000
ISI RUMAH (M40)5 Anak Ke Atas : RM2,500
3-4 Anak : RM2,000
2-1 Anak : RM1,500
Tiada Anak : RM1000
WARGA EMAS
(TIADA PASANGAN)
RM600
BUJANGRM600

TARIKH MASUK STR 2025

Cara bayaran bantuan STR ini dibuat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun 2025. Tarikh bayaran mengiku fasa adalah seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
SATU (1)22 – 28 Januari 2025
DUA (2)24 Mac 2025
TIGA (3)12 Ogos 2025
EMPAT (4)November 2025

*Tarikh bayaran rasmi akan dikemaskini jika berlaku perubahan pengikut penguman kerajaan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Bantuan STR Bujang ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment