SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 : SEMAK STATUS BAYARAN 2025
Bantuan Tunai STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3 merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan menerusi Belanjawan 2025 untuk terus membantu golongan B40 dan M40 dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Menurut pengumuman rasmi, lebih 8.4 juta penerima terdiri daripada isi rumah, warga emas dan individu bujang telah dikenal pasti layak menerima bayaran bagi fasa kali ini. Bantuan ini diberikan secara berperingkat bertujuan meringankan beban kewangan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian. STR Fasa 3 juga dilihat sebagai lanjutan usaha kerajaan memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menikmati manfaat ekonomi negara.
Bagaimanakah cara membuat semakan bantuan tunai STR Fasa 3 ini? Ikuti kupasan penuh segala info penting yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: CHECK TARIKH MASUK STR FASA 3 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR
Beberapa syarat telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan tunai STR ini. Syarat-syarat tersebut termasuk:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR
Penerima bantuan tunai STR akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI
Bantuan Tunai STR akan disalurkan melalui 2 cara yang mudah bagi melancarkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3
Bantuan Tunai STR akan disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pastinya sedang menantikan pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini semula jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Mengikut rekod tahun sebelumnya, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal bulan September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3
Semakan status bantuan tunai STR Fasa 3 boleh dibuat secara online. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN STR FASA 3 MELALUI PORTAL STR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Bantuan Tunai STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email: [email protected]