LOGIN MYSTR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bagi tahun 2025 kini boleh disemak melalui login MySTR secara dalam talian, memudahkan penerima mengenal pasti status kelayakan dan jumlah bayaran yang akan diterima. Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan dana besar bagi memastikan golongan B40 dan M40 terus menerima bantuan tunai secara berperingkat sepanjang tahun. Langkah ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup, terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Menurut rekod, 8.6 juta penerima daripada pelbagai kategori isi rumah telah dikenal pasti layak. Bantuan ini selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada golongan terpinggir daripada mendapat sokongan kewangan.
Dengan adanya akses login MySTR, proses semakan kini lebih pantas, selamat dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ikuti artikel ini untuk info yang lebih lengkap.
BACA JUGA: CHECK STATUS STR FASA 3 YANG TELAH MULA DIKREDITKAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Terdapat beberapa syarat bagi bantuan STR untuk memastikan hanya penerima yang layak sahaja akan dipilih. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori pemohon ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Makluman: Bujang berusia 21 tahun ke atas serta OKU 19 tahun ke atas (masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS) hanya boleh disenaraikan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah, bukan pemohon individu bujang.
BILAKAH TARIKH BAYARAN STR FASA 3?
STR Fasa 3 akan mula dibayar secara berperingkat kepada penerima layak bermula 12 Ogos 2025, menurut pengumuman rasmi Kementerian Kewangan. Jadual tarikh bayaran mengikut fasa disediakan di bawah:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
* Semakan bagi status rayuan Fasa 3 boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN STR FASA 3?
Penerima yang layak akan mendapat bayaran STR Fasa 3 yang berbeza antara RM150-RM650 bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
| KATEGORI PENERIMA | PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|---|
| ISI RUMAH B40 | <RM2500 | RM150-RM650 |
| ISI RUMAH M40 | RM2501-RM5000 | RM150-300 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | <RM5000 | RM150 |
| BUJANG | <RM2500 | RM150 |
BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN STR FASA 3?
Pembayaran STR Fasa 3 dilaksanakan melalui dua cara utama, disesuaikan mengikut jenis penerima seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
CARA LOGIN MYSTR FASA 3 2025
Cara untuk login semakan status STR boleh dibuat melalui laman rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my. Berikut disertakan langkah-langkah lengkap untuk login portal MySTR secara atas talian:

- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
- Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN
Panduan bagi Login MySTR Fasa 3 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]