JADUAL STR FASA 3 : SEMAK TARIKH BAYARAN 2025

JADUAL STR FASA 3 : SEMAK TARIKH BAYARAN 2025

Bantuan secara tunai iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan pada tahun 2025 bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi. STR Fasa 3 merupakan salah satu fasa penting dalam siri pembayaran bantuan tunai kerajaan yang dinantikan oleh rakyat.

Ramai yang tertanya-tanya, bila STR Fasa 3 nak masuk? Ikuti info lanjut yang telah disediakan tentang jadual pembayaran bantuan STR Fasa 3 kepada penerima yang layak.

BACA JUGA: BANTUAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS TERKINI

KELAYAKAN STR FASA 3

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memohon bantuan STR. Syarat kelayakan adalah bergantung kepada kategori penerima. Berikut disertakan butiran tentang kategori penerima dan syarat-syaratnya:

  1. KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 dan ke bawah.
  2. KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  3. KATEGORI BUJANG
    • Bujang
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Jumlah peruntukan bantuan STR adalah berbeza mengikut kategori kelayakan penerima. Jadual di bawah akan memberi gambaran lebih jelas tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHPendapatan Bulanan Bawah RM2500:
5 Anak Ke Atas : RM2500
3-4 Anak : RM2000
2-1 Anak : RM1500
Tiada Anak : RM1000

Pendapatan Bulanan Bawah RM2501-RM5000:
5 Anak Ke Atas : RM1250
3-4 Anak: RM1000
2-1 Anak : RM750
Tiada Anak : RM500
WARGA EMAS TIADA PASANGANPendapatan Bulanan Bawah RM5000:
RM600
BUJANG
(Berumur 21 – 59 Tahun)
(OKU berumur 19 Tahun Ke Atas)
Pendapatan Bulanan Bawah RM2500:
RM600

CARA BAYARAN STR FASA 3

Bayaran bantuan STR akan disalurkan kepada penerima melalui 2 cara yang fleksibel. Cara yang boleh digunakan adalah bergantung kepada jenis penerima seperti butiran berikut:

  1. PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  2. PENERIMA TIADA AKAUN BANK
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

JADUAL STR FASA 3

Berdasarkan sejarah pembayaran terdahulu, STR Fasa 3 dijangka akan disalurkan bermula pada akhir Julai hingga awal Ogos 2025. Tarikh sebenar akan dikemas kini semula selepas pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan dan tarikh bantuan:

FASA BANTUAN TARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI 2025
FASA 224 MAC 2025
FASA 3OGOS 2025
FASA 4NOVEMBER 2025

Penafian: Tarikh rasmi akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi kerajaan.

RUJUKAN

Panduan bagi Jadual STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment