BANTUAN 200 EKASIH : (2025) SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN 200 EKASIH : (2025) SEMAK KELAYAKAN

Bantuan RM200 eKasih merupakan sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui program MyKasih. Melalui Belanjawan 2025, penerima yang tersenarai dalam sistem eKasih layak menerima bantuan bulanan yang dikreditkan ke dalam MyKad. Ia bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup isi rumah miskin dan miskin tegar.

Bagaimanakah cara nak buat semakan kelayakan bantuan 200 eKasih? Ikuti panduan lengkap yang telah disediakan.

BACA JUGA: SEMAK BANTUAN BUJANG RM600

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH

Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat kelayakan sebelum dapat memanfaatkan bantuan yang akan diperoleh. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Tersenarai dalam sistem eKasih
  • Warganegara Malaysia
  • Tiada pendapatan tetap
  • Berdaftar sebagai penerima STR (untuk pengesahan data silang)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN EKASIH

Bantuan 200 sebulan akan diberikan kepada kategori isi rumah B40 (penerima STR+eKasih) secara tanpa tunai ke dalam MyKad. Berikut disertakan butiran lebih jelas tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Berdasarkan data silang STR+eKasih, penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan bulanan seperti tarikh berikut:

TARIKH BAYARAN TAMBAHANTARIKH BANTUAN EKASIH
Bermula Januari sehingga Mac 2025
(3 bulan)
Bermula 15 April sehingga Disember 2025
(9 bulan)

SEMAKAN BANTUAN 200 EKASIH

Terdapat 2 platform yang boleh digunakan untuk memudahkan penerima bantuan membuat semakan. Berikut adalah langkah lengkap membuat semakan bantuan seperti di bawah:

SEMAKAN 200 EKASIH

1. PORTAL RASMI MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih:

    https://www.mykasih.com.my

  2. Klik “SEMAKAN STATUS” di menu utama.

  3. Masukkan:

    Nombor MyKad
    Kod keselamatan (captcha)

  4. Klik butang “Semak”.

  5. Jika layak, paparan akan tunjuk:

    Status penerima SARA
    Kategori bantuan
    Tarikh pengaktifan
    Kedai terlibat
    Baki bantuan (jika telah dikredit)

  6. Selesai.

2. PORTAL RASMI EKASIH

  1. Layari laman rasmi eKasih:
  2. Klik butang “Semakan Status” di laman utama.
  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang).
  4. Tekan butang “Semak”.
  5. Paparan akan tunjukkan:
    • Status berdaftar dalam eKasih (ya/tidak)
    • Kategori penerima: Miskin / Miskin Tegar / Tidak Layak
    • Tarikh kemaskini data
    • Status permohonan STR (jika berkenaan)
  6. Selesai.

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan 200 eKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment