BANTUAN TUNAI HASIL 2025 : (FASA 3) SEMAKAN

BANTUAN TUNAI HASIL 2025 : (FASA 3) SEMAKAN

Bantuan Tunai Hasil (STR) merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Melalui bantuan ini, penerima layak akan menerima bayaran tunai mengikut kategori masing-masing seperti isi rumah, bujang, warga emas dan ibu atau bapa tunggal.

Dengan peruntukan sebanyak 13 juta ringgit, bantuan ini menyasarkan kepada 9 juta penerima untuk tahun 2025. lihat semakan selanjutnya di Bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BANTUAN STR (SEMAK KELAYAKAN FASA 3 2025)

BANTUAN TUNAI STR 2025

STR diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Kerajaan memperkenalkan STR dalam beberapa fasa bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara berperingkat sepanjang tahun.

STR Fasa 3 adalah pembayaran ketiga dalam siri bantuan ini dan memainkan peranan penting dalam memastikan penerima mendapat bantuan tepat pada masanya.

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR

Bagi memastikan bantuan ini dapat di terima oleh golongan yang benar-benar layak, beberapa syarat telah ditetapkan kepada pemohon mengikut kategori seperti di bawah.

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
ISI RUMAH– Kahwin atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
– Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG– Bujang atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
– Berumur 21-59 tahun.
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
– Pendapatan RM2,500 ke bawah.
WARGA EMAS– Bujang atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
– Berumur 60 tahun ke atas.
– Pendapatan RM5,000 ke bawah.

Nota: Penuntut di IPA/IPTS Sepenuh Masa tidak layak untuk memohon bantuan STR kerana nama telah disenaraikan sebagai tanggungan kepada ibu/bapa/penjaga.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI HASIL

Bagi menyemak status terkini pemohon , berikut adalah langkah semakan melalui beberapa kaedah.

1. MELALUI PORTAL RASMI BANTUAN TUNAI HASIL

Kerajaan telah menyediakan laman web rasmi bagi pemohon untuk menyemak status penerima. Langkah semakan adalah seperti berikut:

  • Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Sila tekan pada butang [Log Masuk].
  • Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  • Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  • Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  • Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  • Proses semakan selesai.

2. MELALUI PORTAL MYKASIH

  • Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/
  • Klik pada [Semak Kelayakan].
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
  • Dan tekan [Semakan Status].
  • Maklumat terkini penerima akan dipaparkan.

3. MELALUI HOTLINE RASMI

Sekiranya menghadapi kesukaran dalam mengakses laman web, anda boleh menghubungi Hotline STR di nombor berikut:

  • Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

4. HADIR KE CAWANGAN LHDN BERHAMPIRAN

Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet atau mengalami masalah teknikal, boleh hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan untuk membuat semakan dan mendapatkan bantuan lanjut.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

Pembayaran STR akan dibayar terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, penerima boleh mangmbil tunai (cash) di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA SATU (1)22 – 28 Januari 2025
FASA DUA (2)24 April 2025
FASA TIGA (3)Ogos 2025
FASA EMPAT (4)November 2025

Penafian: Tarikh rasmi akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman kerajaan.

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan Tunai Hasil ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment