BANTUAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS TERKINI
Bantuan STR atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan satu inisiatif bantuan kewangan tunai oleh kerajaan yang bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. Program ini dilaksanakan secara berfasa sepanjang tahun, melibatkan beberapa kategori isi rumah, warga emas, bujang dan ibu bapa tunggal yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.
Semak maklumat terkini yang disediakan dibawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BANTUAN STR (SEMAK KELAYAKAN FASA 3 2025)
STR FASA 3

STR Fasa 3 2025 merupakan kesinambungan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan oleh kerajaan. Bayaran bagi fasa ini adalah sebahagian daripada penyaluran bantuan tunai secara berperingkat yang melibatkan pecahan kategori yang ditetapkan.
Bantuan ini diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan disalurkan mengikut data terkini permohonan serta kemas kini yang diluluskan. STR Fasa 3 dijangka melibatkan jumlah bayaran lebih besar berbanding fasa sebelumnya, bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
KELAYAKAN BANTUAN STR
Kelayakan yang ditetapkan kepada individu adalah berbeza mengikut kategori pemohon. Berikut merupakan syarat-syarat yang ditetapkan:
| KATEGORI PEMOHON | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | – Kahwin atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. – Pendapatan RM5,000 dan ke bawah. |
| WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 60 tahun ke atas. – Pendapatan RM5,000 ke bawah. |
| BUJANG | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 21-59 tahun. – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas. – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. – Pendapatan RM2,500 ke bawah. |
Nota : Individu bujang termasuk bujang (OKU) yang sedang dalam pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS adalah tidak layak untuk membuat permohonan STR 2025.
JUMLAH BANTUAN STR 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran yang diberikan berdasarkan kategori penerima yang layak:
- ISI RUMAH (B40)
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| RM2,500 KE BAWAH | 5 Anak Ke Atas : RM2,500 3-4 Anak : RM2,000 2-1 Anak : RM1,500 Tiada Anak : RM1000 |
- ISI RUMAH (M40)
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| RM2,501 – RM5,000 | 5 Anak Ke Atas : RM1,250 3-4 Anak : RM1,000 2-1 Anak : RM750 Tiada Anak : RM500 |
- WARGA EMAS (TIADA PASANGAN)
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| RM5,000 KE BAWAH | RM600 |
- BUJANG (21 – 59 Tahun)
- BUJANG OKU (19 TAHUN KE ATAS)
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| RM2,500 KE BAWAH | RM600 |
SEMAK STATUS STR FASA 3
Ikuti panduan dibawah bagi menyemak status terkini bantuan str fasa 3 2025:
LANGKAH SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2025.
- Layari portal rasmi (STR) 2025 di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Tekan butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah wajib diisi.
- Tekan butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Tekan butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
– Tekan butang [YA] jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
– Tekan butang [KEMUDIAN] jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
– Tekan butang [CETAK] jika ingin membuat cetakan salinan permohonan. - Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
CARA BAYARAN STR 2025
Pemohon boleh mendapatkan bantuan tunai melalui dua (2) cara:
| MELALUI AKAUN BANK | TIADA AKAUN BANK |
|---|---|
| Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan. | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN) berhampiran. |
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan STR Fasa 3 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Email : [email protected]