TARIKH BAYAR STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS

TARIKH BAYAR STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS

Bantuan Tunai STR (Sumbangan Tunai Rahmah) 2025 merupakan inisiatif bantuan kewangan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup. Bantuan ini dibayar secara berfasa kepada golongan isi rumah, warga emas, bujang dan ibu tunggal yang layak berdasarkan data terkini LHDN. Melalui STR, kerajaan komited memastikan kebajikan rakyat terus terbela dalam keadaan ekonomi semasa.

Buat semakan selanjutnya di bawah untuk mengtahui tarikh bayar STR Fasa 3 2025.

BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BANTUAN STR (SEMAK KELAYAKAN FASA 3 2025)

JUMLAH BAYARAN STR

Bayaran yang diberikan adalah bergantung kepada kelayakan setiap pemohon. Berikut merupakan jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima yang layak:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah Pendapatan Bulanan
Bawah RM2,500
5 Anak Ke Atas : RM2,500
3-4 Anak : RM2,000
2-1 Anak : RM1,500
Tiada Anak : RM1000
Isi Rumah Pendapatan Bulanan
RM2,501 – RM5,000
5 Anak Ke Atas : RM1,250
3-4 Anak : RM1,000
2-1 Anak : RM750
Tiada Anak : RM500
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan Bulanan
Bawah RM5,000
RM600
Bujang 21 – 59 Tahun atau
Bujang (OKU) 19 Tahun Ke Atas
Pendapatan Bulanan Bawah RM2,500
RM600

SEMAK STATUS STR 2025

Buat semakan status untuk mengetahui status terkini kelayakan penerima bantuan. Ikuti panduan lengkap cara semakan di bawah:

SEMAK STATUS STR 2025
  • Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Sila tekan pada butang [Log Masuk].
  • Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  • Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  • Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  • Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  • Proses semakan selesai.

TARIKH BAYAR STR 2025

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) mengikut Fasa sepanjang tahun 2025:

FASA PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
SATU (1)22 – 29 Januari 2025
DUA (2)24 Mac 2025
TIGA (3)Ogos 2025
EMPAT (4)November 2025

Nota : Tarikh rasmi akan dikemaskini jika berlaku perubahan dari pihak kerajaan.

CARA BAYAR STR FASA 3

Kerajaan telah menetapkan dua (2) kaedah pembayaran bagi memberi kemudahan kepada pemohon untuk terima bantuan. Kaedah bayaran adalah seperti berikut:

PENERIMA MELALUI AKAUN BAK:

  • Dibayar terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan

PENERIMA TIDAK MEMPUNYAI AKAUN BANK:

  • Dibayar secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

RUJUKAN

Panduan bagi Tarikh Bayar Bantuan STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment