CARA GUNA SARA MYKASIH : (2025) SEMAKAN STATUS
Melalui Belanjawan 2025, kerajaan meneruskan inisiatif SARA MyKasih sebagai salah satu bantuan penting untuk rakyat B40 dan miskin tegar. Bantuan ni terus dimasukkan ke MyKad penerima secara tanpa tunai dan penerima bantuan boleh membuat pembelian barangan asas di lebih 1200 kedai atau pasar raya terpilih.
Ramai yang dah mula menerima bantuan SARA MyKasih dalam MyKad, tapi masih ramai juga yang belum tahu macam mana nak guna. Jangan risau! Jom kami tunjuk langkahnya.
BACA JUGA: CHECK TARIKH BANTUAN DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH
Pemohon perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan untuk menerima bantuan MyKasih. Untuk memastikan penerima benar-benar layak, berikut adalah syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan. Atau;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
CARA BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Agihan bantuan kepada penerima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Berikut disertakan jadual kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- PENERIMA STR (ASAS BUKAN MISKIN)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
- PENERIMA EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
TARIKH BANTUAN SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih akan diagihkan pada tarikh yang berbeza berdasarkan kelayakan kategori penerima seperti butiran berikut:
- Penerima STR & eKasih:
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima STR sahaja:
- Bermula April hingga Disember 2025
SENARAI KEDAI SARA MYKASIH
Penerima bantuan boleh membuat pembelian barangan asas di kedai atau pasar raya terpilih bergantung kepada lokasi yang ingin dituju. Berikut adalah beberapa contoh senarai kedai rakan niaga MyKasih:
- Pasaraya Besar/Nasional
- Mydin
- Econsave
- Lotus’s
- Giant
- AEON Big
- The Store
- 99 Speedmart
- TF Value Mart
- Billion
- Pasar Mini/Runcit/Lain-lain
- KK Super Mart
- BS Freshmart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Sakan
- U Sentral Market
- Pasaraya Top Ten
- Hi Way Mart
- Super Seven
Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH
Terdapat 13 kategori barangan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKad secara tanpa tunai. Jadual di bawah menunjukkan kategori barangan dan contoh jenama sebagai panduan untuk penerima bantuan membuat pembelian:

| KATEGORI BARANGAN | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| BARANGAN PERSEKOLAHAN | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
CARA GUNA SARA MYKASIH
Penerima bantuan boleh membuat pembelian barangan asas hanya menggunakan MyKad. Di bawah ini disertakan cara menggunakan SARA MyKasih secara terperinci:
- Semak Status Kelayakan
- Sebelum guna, pastikan anda layak dan nama tersenarai dalam penerima bantuan:
- Semakan boleh dibuat di:
- Portal MyKasih
- Portal STR atau eKasih jika berkaitan.
- Bantuan Dikredit Terus ke MyKad
- Tiada tunai diberi. Baki bantuan disimpan dalam sistem dan hanya boleh digunakan melalui MyKad.
- Tiada keperluan daftar akaun bank.
- Pergi ke Kedai Terpilih
- Gunakan MyKad sebagai kaedah bayaran di pasar raya / kedai yang tersenarai.
- Pilih Barang Dibenarkan Sahaja
- Hanya 13 kategori barangan asas dibenarkan.
- Bayar Guna MyKad
- Serah MyKad di kaunter.
- Juruwang akan tolak jumlah daripada bantuan SARA secara automatik.
- Semak Baki Bantuan
- Gunakan aplikasi MyKasih untuk semak baki & transaksi.
- Atau tanya juruwang semasa pembayaran.
CARA SEMAK BAKI MYKASIH
Baki bantuan SARA MyKasih boleh disemak secara online menggunakan aplikasi MyKasih seperti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyKasih di:
- Log masuk menggunakan IC
- Pilih menu “Semakan Baki”
- Baki bantuan akan dipaparkan
RUJUKAN
Panduan bagi Cara Guna SARA MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]