TARIKH BAYARAN MYKAD MADANI 2025 : SEMAKAN BANTUAN SARA MYKASIH
MyKasih ialah satu program yang dilaksanakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Ia juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) apabila dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2025. Bantuan MyKad Madani 2025 adalah inisiatif kerajaan di bawah program SARA yang menyasarkan golongan miskin tegar dan b40. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 1200 pasaraya atau kedai yang terlibat.
Bila tarikh bayaran bantuan dalam MyKad Madani 2025? Ikuti segala info lanjut yang telah disediakan.
BACA JUGA: LIST BARANGAN DAPUR MYKASIH
JUMLAH BAYARAN MYKAD MADANI
Bantuan akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima. Jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori penerima seperti dalam jadual berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| PENERIMA STR & EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR) | ISI RUMAH: RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) BUJANG: RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
| PENERIMA STR (ASAS BUKAN MISKIN) | ISI RUMAH: RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) BUJANG: Tidak layak |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD
Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk memastikan bakal penerima benar-benar layak untuk memanfaatkan bantuan MyKad Madani tersebut. Antaranya ialah:
- Warganegara Malaysia
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan. Atau;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
CARA SEMAK BANTUAN MYKAD MADANI
Ada 2 cara yang boleh digunakan oleh penerima bantuan untuk membuat semakan bantuan MyKad Madani. Antaranya ialah melalui portal rasmi MyKasih & MySTR. Berikut disertakan panduan lengkap untuk 2 portal tersebut:
- PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my/
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Nota Tambahan: Sekiranya lupa kata laluan;
- Klik “Forgot Password” & ikut arahan untuk reset melalui e-mel atau SMS (jika tersedia).
- PORTAL RASMI MYSTR
- Layari laman web rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan nombor MyKad & kod captcha yang terpapar.
- Klik “Semak” atau “Log Masuk”
- Jika pertama kali log masuk, anda perlu setkan kata laluan baharu melalui pautan “Lupa Kata Laluan”.
- Selepas log masuk, anda boleh semak:
- Status kelayakan
- Tarikh bayaran
- Amaun bantuan
- Maklumat pemohon
- Selesai
TARIKH BAYARAN MYKAD MADANI
Tarikh agihan bantuan yang dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad adalah berbeza mengikut kelayakan dan kategori penerima. Berikut disertakan jadual sebagai panduan penerima bantuan:
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BANTUAN |
|---|---|
| Penerima STR & eKasih | Bermula Januari 2025 hingga Disember 2025 |
| Penerima STR sahaja | Bermula April hingga Disember 2025 |
RUJUKAN
Artikel ini hanya panduan umum sahaja. Segala maklumat adalah berdasarkan sumber rasmi terkini. Perubahan maklumat adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi pihak yang berkaitan. Untuk sebarang pertanyaan atau soalan, para pembaca dinasihatkan untuk berhubung terus di:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]