BANTUAN BULANAN DALAM IC : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN BARANG ASAS (2025)
Golongan berpendapatan rendah semakin terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini. Sebagai langkah proaktif, kerajaan telah memperkenalkan sumbangan berupa bantuan secara bulanan dalam ic kepada golongan B40 dan M40 yang layak khusus untuk membuat pembelian barangan asas. Bantuan ini diperkenalkan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 yang bakal dimanfaatkan kepada 9 juta penerima.
Bagaimana nak semak kelayakan penerima bantuan bulanan dalam IC? Ketahui info lengkap yang telah kami sediakan untuk para pembaca.
BACA JUGA: SEMAK LIST BARANGAN ASAS MYKASIH
TARIKH BAYAR BANTUAN BULANAN DALAM IC
Pembayaran bulanan bagi bantuan SARA MyKasih adalah adalah berbeza mengikut status penerima. Berikut merupakan tarikh dan jumlah bayaran bulanan yang diterima:
| KATEGORI | PENERIMA STR & EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR) | PENERIMA STR (ASAS BUKAN MISKIN) |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM100 (Januari – Mac 2025) RM200 (April – Disember 2025) | RM100 (Januari-Disember 2025) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM100 (Januari – Mac 2025) RM150 (April – Disember 2025) | RM50 (Januari-Disember 2025) |
| BUJANG | RM50 (Januari – Disember 2025) | Tidak Layak |
JUMLAH BANTUAN BULANAN
Berikut merupakan jumlah keseluruhan bantuan bulanan yang diterima sepanjang tahun 2025 berdasarkan kategori penerima:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| PENERIMA STR & EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR) | ISI RUMAH: RM2100 Setahun WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM1650 Setahun BUJANG: RM600 Setahun |
| PENERIMA STR (ASAS BUKAN MISKIN) | ISI RUMAH: RM900 setahun WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM450 setahun BUJANG: Tidak layak |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN BARANG ASAS 2025
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan bulanan dalam IC. Semak syarat-syarat dibawah:
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori berikut:
- Isi rumah
- Warga emas tiada pasangan
- Bujang
- Tersenarai sebagai miskin tegar atau miskin dalam sistem eKasih
- Berdaftar dalam pangkalan data STR 2025
SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM IC
Bagi membuat semakan terdapat 2 platform rasmi yang telah kerajaan sediakan untuk memudahkan rakyat membuat semakan bantuan bulanan dalam IC.
- PORTAL RASMI MYSTR
- Layari laman web rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik menu “Semakan Status”.
- Masukkan nombor IC & kod captcha, kemudian login.
- Status kelayakan akan dipaparkan – jika layak, anda akan nampak butiran seperti:
- Kategori penerima (Isi Rumah/Warga Emas/Bujang)
- Status Bantuan SARA (Layak/Tidak Layak)
- Jumlah Bantuan
- Tarikh pengkreditan
- Selesai.
- PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari laman web rasmi: https://mykasih.com.my
- Klik pada butang “Semak Status”
- Masukkan nombor IC (12 digit) & kod Captcha
- Klik “Semak Status”
- Status kelayakan & maklumat bantuan akan dipaparkan
- Selesai
RUJUKAN
Artikel ini ditulis bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan tidak mewakili mana-mana pihak. Terbitan ini adalah berdasarkan sumber rujukan rasmi yang dibuat. Sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon boleh merujuk terus atau menghubungi melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900