DAFTAR MYKASIH 2025 : REGISTER BANTUAN SARA ONLINE
Bantuan SARA MyKasih 2025 diteruskan menerusi Belanjawan 2025 untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi. Bantuan ini merangkumi 9 juta penerima bersasar terutamanya golongan miskin & B40. Proses pendaftaran bantuan ini tidak dibuat secara terus di laman MyKasih, sebaliknya melalui padanan data daripada permohonan STR dan eKasih.
Bagaimanakah cara nak daftar MyKasih secara online? Ikuti kupasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA: SEMAK STATUS BANTUAN SARA MYKASIH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk melayakkan seseorang individu itu mendapat bantuan MyKasih. Antara syarat-syaratnya adalah:
- Warganegara Malaysia
- Lulus permohonan STR 2025
- Tersenarai dalam sistem eKasih (miskin/miskin tegar)
- Tiada rekod pendapatan tetap
KADAR AGIHAN BANTUAN MYKASIH
Kadar agihan bantuan MyKasih yang dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad adalah berbeza mengikut kategori penerima. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima & kadar agihan bantuan:
| PENERIMA STR (ASAS BUKAN MISKIN) | PENERIMA STR & EKASIH (MISKIN & MISKIN TEGAR) |
|---|---|
| ISI RUMAH: RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) BUJANG: Tidak layak | ISI RUMAH: RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) BUJANG: RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
TARIKH BANTUAN SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih dikreditkan secara bulanan terus ke MyKad penerima yang layak. Berikut ialah tarikh agihan mengikut kategori penerima:
| Penerima STR & eKasih | Penerima STR Sahaja |
|---|---|
| Bermula 15 Januari sehingga Disember 2025 | Bermula April sehingga Disember 2025 |
CARA DAFTAR MYKASIH ONLINE
Tiada pendaftaran khas bagi bantuan MyKasih. Penerima akan dipilih secara automatik berdasarkan semakan silang dari STR & eKasih. Jadi, kami akan memberi panduan lengkap tentang cara permohonan STR & eKasih. Berikut adalah cara-caranya:
- Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025:
- Layari Laman Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu”
- Jika anda penerima sedia ada, boleh log masuk untuk semakan atau kemas kini.
- Isi Maklumat Peribadi:
- Nama penuh
- Nombor MyKad
- Alamat
- Maklumat pendapatan isi rumah
- Maklumat pasangan & anak (jika ada)
- Muat Naik Dokumen Sokongan (jika perlu)
Contoh: salinan kad pengenalan/sijil nikah/sijil lahir anak/penyata gaji dll. - Semak & Sahkan Maklumat
- Pastikan maklumat tepat sebelum hantar.
- Hantar Permohonan
- Klik butang “Hantar”.
- Simpan nombor rujukan sebagai bukti permohonan.
- Semakan Status
- Semak status permohonan dari semasa ke semasa di laman STR.
- PERMOHONAN EKASIH
- Layari Laman Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Klik “Permohonan”
- Pilih menu “Daftar eKasih” atau “Cadangan Individu”.
- Isi Maklumat Asas:
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan
- Alamat tempat tinggal
- Maklumat ahli keluarga
- Status pekerjaan & pendapatan isi rumah
- Hantar Permohonan
- Klik “Hantar”.
- Maklumat akan dinilai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM).
- Pengesahan & Tapisan Kelayakan
- Pegawai akan buat lawatan atau semakan lanjut untuk pastikan anda layak atau tidak (terutama kategori miskin/miskin tegar).
- Status Pendaftaran
Jika diluluskan, nama akan tersenarai dalam sistem eKasih dan boleh digunakan untuk pelbagai bantuan seperti STR & MyKasih.
RUJUKAN
Segala info yang dikongsikan hanya sebagai panduan umum sahaja. Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak yang berkaitan seperti di bawah:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]