SEMAKAN BANTUAN STR BUJANG (CEK STATUS FASA 3 2025)

SEMAKAN BANTUAN STR BUJANG (CEK STATUS FASA 3 2025)

Bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah diberikan kepada penerima yang lulus. Untuk pembayaran Fasa 3, pengkreditan bakal dibuat pada ogos 2025. Dengan kos sara hidup yang semakin menekan kini, pasti ramai yang sangat menantikan bantuan kewangan ini.

Bantuan ini menyasarkan kepada lbih 9 Juta penerima yang layak. Melalui Belanjawan 2025 bantuan ini akan diberikan kepada beberapa kategori penerima termasuk bujang. Untuk buat semakan status sama ada anda layak atau tidak terima bantuan STR bujang, disini kami sertakan panduan lengkap untuk anda.

BACA JUGA: KEMASKINI STR 2025 (PANDUAN LENGKAP UBAH ATAU KEMASKINI MAKLUMAT DIRI DAN PENDAPATAN)

BANTUAN STR BUJANG

Kerajaan telah menetapkan beberapa kategori penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan ini termasuk golongan bujang dimana bantuan ini diberi berdasarkan beberapa syarat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR BUJANG:

  • Berumur 21 – 59 tahun.
  • Bujang belum berkahwin, atau yang tidak mempunyai anak atau tanggungan;
    • Ibu Tunggal
    • Bapa Tunggal
    • Janda
    • Duda
  • Pendapatan bulanan dibawah RM2,500

JUMLAH BANTUAN STR BUJANG

Untuk pemohon yang layak dengan syarat yang di tetapkan jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak Rm600 sepanjang tahun 2025 dan bayaran ini dibuat dengan melalui 4 fasa.

BAYARAN STR BUJANG MENGIKUT FASA

FASA PEMBAYARANJUMLAH DITERIMA
FASA 1RM150
FASA 2RM150
FASA 3Belum Diumumkan
FASA 4Belum Diumumkan

SEMAKAN BANTUAN STR BUJANG

Untuk membuat semakan status bantuan, pemohon boleh semak dengan mudah secara online:

  • Pergi ke laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang [Log Masuk].
  • Kemudian, tekan butang [Semak] dan sahkan kod keselamatan.
  • Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan [Log Masuk].
  • Tekan pada ruangan [Semakan Permohonan].
  • Pemohon perlu mengesahkan maklumat yang dipaparkan adalah benar.
  • Semak status permohonan dan maklumat pembayaran sekiranya lulus.
  • Selesai.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Bantuan STR Bujang ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selapas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment