BANTUAN TUNAI RAKYAT (SEMAKAN FASA 3 2025 ONLINE)

BANTUAN TUNAI RAKYAT (SEMAKAN FASA 3 2025 ONLINE)

Bantuan Tunai Rakyat merupakan inisiatif kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat. Bagi tahun 2025, Kerajaan Madani telah memperkenalkan bantuan berupa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menyasarkan kepada 9 Juta orang penerima dewasa yang bakal menerima manfaat ini.

Untuk tahun ini (2025), kerajaan telah meningkatkan kadar bantuan tunai rakyat ini kepada 13 billion ringgit. Ini menjadikan jumlah bantuan yang diterima pada tahun ini bertambah dari tahun sebelumnya.

BACA JUGA: BANTUAN STR BUJANG : KEMASKINI MAKLUMAT 2025

BANTUAN TUNAI RAKYAT

Bantuan Tunai Rakyat ataupun kini dikenali dengan (STR) diberikan secara tahunan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini bagi menyokong perbelanjaan dengan melalui beberapa fasa pembayaran sepanjang tahun. Untuk Fasa 1 dan Fasa 2 pembayaran telah dibuat dan kini ramai yang sedang menantikan untuk pengkreditan Fasa 3.

Dengan penyasaran semula subsidi, bantuan ini telah ditambah baik dan jumlah bantuan telah dipertingkatkan selari dengan peningkatan kos sara hidup.

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR

Berikut merupakan jumlah bantuan yang diberikan mengikut kategori yang layak:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
STR 2025
Isi Rumah Pendapatan Bulanan
Bawah RM2,500
5 Anak Ke Atas : RM2,500
3-4 Anak : RM2,000
2-1 Anak : RM1,500
Tiada Anak : RM1000
Isi Rumah Pendapatan Bulanan
RM2,501 – RM5,000
5 Anak Ke Atas : RM1,250
3-4 Anak : RM1,000
2-1 Anak : RM750
Tiada Anak : RM500
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan Bulanan
Bawah RM5,000
RM600
Bujang 21 – 59 Tahun atau
Bujang (OKU) 19 Tahun Ke Atas
Pendapatan Bulanan Bawah RM2,500
RM600

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR

Bagi memastikan bantuan tunai ini dapat di terima oleh golongan yang benar-benar layak, pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat khusus kepada pemohon. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan bagi setiap kategori:

KATEGORI PEMOHONSYARAT KELAYAKAN
ISI RUMAH1. Berkahwin, atau;
2. Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda
yang mempunyai anak.
3. Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN1. Bujang, atau;
2. Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda
yang tidak mempunyai anak.
3. Umur 60 tahun dan ke atas.
4. Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
BUJANG1. Bujang, atau;
2. Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda
yang tidak mempunyai anak.
3. Umur 21-59 tahun.
4. Bujang (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
5. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
6. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

NOTA: Pemohon kategori bujang yang sedang menuntut pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS adalah tidak layak untuk buat permohonan kerana nama pemohon telah tersenarai sebagai tanggungan pihak penjaga.

TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI

Bayaran bagi bantuan tunai STR ini dikreditkan melalui 4 Fasa. Berikut merupakan tarikh pembayaran mengikut fasa:

FASATARIKH BAYARAN
SATU (1)Januari 2025
DUA (2)April 2025
TIGA (3)Ogos 2025
EMPAY (4)November 2025

SEMAKAN BANTUAN STR

Untuk membuat semakan status bantuan terkini STR Fasa 3 2025, pemohon boleh membuat semakan mudah secara online dengan mengikuti langkah di bawah:

  1. Buka laman rasmi bantuan tunai : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  2. Pada halaman utama, masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan sebalah kanan.

  3. Setelah isi, tekan pada butang [Log Masuk].

  4. Untuk pengesahan nombor MyKad, tekan pula pada butang [Semak].

  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.

  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  8. Seterunya, Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  9. Tekan pada butang [Semakan 2025] di bawah

  10. Layarkan skrin atau scroll ke bahagian bawah.

  11. Kemudian, tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

  13. Selesai.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Bantuan Tunai Rakyat STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selapas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment