BANTUAN STR BUJANG : KEMASKINI MAKLUMAT 2025

BANTUAN STR BUJANG : KEMASKINI MAKLUMAT 2025

Dengan penambahan sebanyak 3 billion ringgit untuk Bantuan Sara Hidup Rakyat 2025, permohonan untuk bantuan STR juga telah diperluas untuk kategori bujang. Nilai bantuan adalah bergantung kepada kelayakan kategori pemohon dan jumlah pendapatan bulanan. Bagi pemohon yang ingin membuat kemaskini maklumat untuk fasa 3 2025, tarikh kemaskini dan permohonan baru masih dibuka sepanjang tahun 2025.

Sudahkah anda membuat mengemaskini maklumat terkini anda? Semak langkah mudah di bawah untuk kemaskini.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan telah ditingkatkan untuk tahun 2025. Rujuk maklumat mengikut kategori berikut:

PENDAPATAN ISI RUMAH RM2,500 KE BAWAH

BILANGAN ANAKJUMLAH BANTUAN
5 orang ke atasRm2,500
3 & 4 orangRm2,000
2 & 1 orangRm1,500
Tiada anakRm1,000

PENDAPATAN ISI RUMAH RM2,501 HINGGA RM5,000

Bilangan AnakJumlah Bantuan
5 orangRm1,250
3 & 4 orang anakRm1,000
1 & 2 orang anakRm750
Tiada anakRm500

WARGA EMAS TIADA PASANGAN PENDAPATAN RM5,000 KE BAWAH

JUMLAH BANTUAN
RM600

BUJANG PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH

JUMLAH BANTUAN
RM600

SYARAT KELAYAKAN

Jumlah yang bakal di terima adalah bergantung kepada kelayakan pemohon. Semak kriteria yang ditetapkan:

KATEGORISYARAT
Isi Rumah1. Pendapatan bulanan rm5,000 ke bawah
2. Berkahwin atau;
3. Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
KATEGORISYARAT
Warga Emas Tiada Pasangan1. Bujang, ibu atau bapa tunggal yang tiada anak
2. Umur 60 tahun ke atas
3. Pendapatan rm5,000 ke bawah
KATEGORISYARAT
Bujang1. Bujang, ibu atau bapa tunggal yang tiada anak
2. Berumur 19 – 59 tahun
3. Bujang (OKU) 19 tahun ke atas
4. Bukan pelajar IPT sepenuh masa
5. Pendapatan rm2,500 kebawah

Nota: Golongan bujang yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS sepenuh masa adalah tidak layak kerana nama telah tersenarai sebagai dibawah tanggungan penjaga.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT

Panduan lengkap untuk mengemaskini maklumat STR 2025 adalah seperti berikut:

  • Layari laman rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan
  • Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Klik butang kemaskini setelah berjaya log masuk MySTR
  • Lengkapkan maklumat permohonan
  • Pemohon hendaklah mengisi maklumat pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap Ruangan yang bertanda (*) adalah wajib diisi
  • Tekan butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  • Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha
  • Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] ruangan berikut
  • Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Tekan YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR
  • Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan

KESIMPULAN

Permohonan dan kemaskini maklumat STR 2025 adalah dibuka bermula 19 Oktober 2024 dan sepanjang tahun 2025. Bagi pemohon yang ingin membuat kemaskini sila lakukan dengan segera dan terima bantuan selayaknya sebelum kemasukan bantuan fasa baru. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan sahih bagi melancarkan proses kemaskini.

RUJUKAN

Artikel ini ditulis sebagai rujukan awal untuk kemaskini maklumat pemohon STR. Sebarang pertanyaan dan soalan, pemohon boleh berhubung terus atau kunjungi Pejabat Belanjawan Negara dengan alamat di bawah:

Leave a Comment