MYKASIH SEMAKAN 2025: STATUS BANTUAN DALAM MYKAD
PENGENALAN
Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh kerajaan telah membawa berita baik buat golongan berpendapatan rendah, khususnya melalui kesinambungan program Bantuan MyKasih. Inisiatif ini membolehkan penerima menikmati bantuan barang dapur secara tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam MyKad.
Bagaimanakah nak semak status bantuan dalam MyKad? Ikuti info lanjut yang telah kami sediakan khas untuk para pembaca.
BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANGAN YANG DILULUSKAN
KELAYAKAN MYKASIH SEMAKAN 2025
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi penerima bantuan MyKasih. Antaranya adalah:
- Penerima mestilah warganegara Malaysia.
- Penerima telah berdaftar dalam data eKasih atau penerima STR.
- Pendapatan isi rumah termasuk dalam kategori B40/miskin tegar.
- Tiada rekod pendapatan tetap.
JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Inisiatif Bantuan MyKasih memanfaatkan sistem MyKad bagi pengagihan bantuan barang dapur kepada golongan B40 dan miskin tegar secara bersasar. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh.
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ASAS BUKAN MISKIN (PENERIMA STR SAHAJA) | Isi Rumah: RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) Warga Emas Tiada Pasangan: RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) Bujang: RM50 sebulan sepanjang tahun |
| MISKIN & MISKIN TEGAR (BERDAFTAR DALAM EKASIH) | Isi Rumah: RM100 sebulan (April-Disember) Warga Emas Tiada Pasangan: RM50 sebulan (April-Disember) Bujang: Tidak layak menerima bantuan |
SEMAKAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih berdasarkan permohonan secara automatik bagi yang tersenarai dalam STR atau eKasih. Semakan boleh dibuat melalui:
- Portal Rasmi MyKasih
- Layari: https://www.mykasih.com.my
- Klik pada “Semak Status”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang).
- Masukkan kod captcha yang dipaparkan.
- Klik butang “Semak Status”.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Portal Rasmi MySTR
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad & log masuk.
- Klik pada menu “Semakan Status”.
- Status kelayakan dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
KESIMPULAN
Program Bantuan MyKasih 2025 terus menjadi inisiatif penting kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat. Dengan hanya menggunakan MyKad, penerima layak dapat membuat pembelian barang keperluan asas tanpa perlu menunggu bantuan secara tunai. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan semak permohonan anda dengan teliti agar tidak terlepas peluang menerima manfaat ini. Teruskan mengikuti info terkini agar proses permohonan dan semakan berjalan lancar.
RUJUKAN
- Portal Rasmi MyKasih:https://www.mykasih.com.my
- Portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Hubungi MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/