SEMAK BANTUAN 100 MYKAD : 2025 SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Kerajaan Malaysia terus komited dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela menerusi pelbagai inisiatif bantuan kewangan. Salah satu bantuan yang diperkenalkan ialah SARA MyKasih, iaitu bantuan tanpa tunai sebanyak RM100 sebulan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40 bagi meringankan beban kos sara hidup, khususnya dalam pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya terpilih. Perdana Menteri Malaysia turut mengumumkan secara rasmi penghargaan kepada seluruh rakyat menerusi inisiatif “SARA untuk Semua”, sebagai simbol keprihatinan kerajaan terhadap semua lapisan masyarakat.
Dengan adanya semakan online 2025 ini, rakyat boleh mengetahui status kelayakan penerimaan bantuan dengan lebih mudah dan cepat. Artikel ini akan membantu anda memahami cara semakan terkini bagi menerima bantuan RM100 melalui MyKad.
BACA JUGA: CHECK ONLINE STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 100 MYKAD
Untuk melayakkan diri menerima bantuan, pemohon mestilah memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima bantuan akan menerima jumlah yang berbeza secara tanpa tunai di dalam MyKad mereka mengikut kategori kelayakan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*TERKINI & RASMI BANTUAN TAMBAHAN RM100 SARA UNTUK SEMUA
- Mulai 31 Ogos 2025, semua individu dewasa berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia akan menerima bantuan RM100 secara one-off ke dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan asas sehingga bantuan ini tamat pada 31 Disember 2025.
TARIKH BAYARAN BANTUAN 100
Pembayaran bantuan 100 dalam MyKad disusun mengikut kategori kelayakan penerima dengan tarikh yang berlainan, seperti dijelaskan di bawah:
- Penerima B40:
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40:
- Bermula April hingga Disember 2025
CARA GUNA BANTUAN 100
Penerima bantuan boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan 100 yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
CARA SEMAK BANTUAN 100 MYKAD
Terdapat 2 platform rasmi yang boleh digunakan untuk menyemak status bantuan 100 dalam MyKad secara atas talian. Berikut dikongsikan portal dan panduan semakan:
SEMAK BANTUAN 100 MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAK BANTUAN 100 MELALUI PORTAL STR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semak Bantuan 100 MyKad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]