BANTUAN TUNAI MYSTR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
MYSTR BANTUAN TUNAI 2025
Bantuan tunai MySTR merupakan satu inisiatif kerajaan dalam menyokong kewangan rakyat berpendapatan rendah di Malaysia bagi menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Menyedari kos kini yang semakin meningkat, kerajaan juga telah meningkatkan nilai bantuan sebanyak 3 billion daripada nilai tahun sebelumnya. Bantuan ini diberi berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi mencapai golongan sasar yang benar-benar berkelayakan.
Adakah anda layak sebagai penerima bantuan? Jom semak syarat yang ditetapkan.
BACA JUGA: LOG MASUK STR FASA 3 2025
TARIKH BAYARAN
Pembayaran bantuan STR dilakukan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh kerajaan. Untuk STR Fasa 3, pengkreditan yang akan dibuat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Pembayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pengeluaran boleh dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
| FASA | TARIKH PEMBAYARAN 2025 |
|---|---|
| SATU ( 1 ) | 22 – 28 Januari |
| DUA ( 2 ) | 24 April secara berperingkat |
| TIGA ( 3 ) | Belum Di umumkan |
| EMPAT ( 4 ) | Belum Diumumkan |
JUMLAH PEMBAYARAN
Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima. Rujuk panduan di bawah:
| KATEGORI | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi rumah pendapatan rm2,500 | 5 orang anak ke atas: Rm2,500 3 & 4 orang anak: Rm2,000 2 & 1 orang anak: Rm1,500 Tiada anak: Rm1,000 |
| KATEGORI | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi rumah pendapatan rm2,501 – rm5,000 | 5 orang anak ke atas: Rm1,250 3 & 4 orang anak: Rm1,000 2 & 1 orang anak: Rm750 Tiada anak: Rm500 |
| KATEGORI | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Warga emas tiada pasangan pendapatan rm5,000 ke bawah | Rm6000 |
| KATEGORI | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang pendapatan rm2,500 ke bawah | Rm600 |
KELAYAKAN BANTUAN TUNAI MYSTR
Sebelum membuat permohonan bantuan, pastikan pemohon memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan agar proses permohonan berjalan lancar.
- Kategori Isi Rumah
- Pendapatan dibawah Rm5,000 sebulan
- Berkahwin atau;
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Kategori Bujang
- Bujang, ibu & bapa tunggal tidak mempunyai anak
- Berumur 21-59.
- Bujang (OKU) 19 tahun ke atas
- Bukan pelajar IPT sepenuh masa
- Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang, ibu & bapa tunggal tidak mempunyai anak
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5,000 ke bawah.
Nota: Individu bujang yang sedang menuntut di IPTA/IPTS sepenuh masa adalah termasuk dalam tanggungan pemohon dan tidak layak menerima bantuan untuk kategori bujang.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih dan terkini semasa penulisan. Sebarang pertanyaan dan persoalan pemohon boleh berhubung terus melalui:
- Laman rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR MoF: 03-8882 4565 / 8882 4566
- Emel: [email protected]
- Alamat: Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2, 62592, Putrajaya