LOG MASUK STR: SEMAKAN STATUS FASA 3 2025
Melalui belanjawan bagi tahun 2025, kerajaan telah mengumumkan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memperuntukkan nilai tambahan sebanyak 3 billion ringgit berbanding tahun sebelumnya yang menjadikan nilai keseluruhan sebanyak 13 billion ringgit.
BACA JUGA: SEMAK CARA TEBUS LAPTOP APPLE PERCUMA PELAJAR SARAWAK
PENGENALAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui pemberian tunai secara berkala. Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ikuti langkah dibawah untuk membuat semakan status terkini.
SYARAT KELAYAKAN
Bagi mencapai golongan yang benar-benar layak, bebarapa kriteria kelayakan telah ditetapkan seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah
- Pendapatan dibawah Rm5,000 sebulan
- Berkahwin atau;
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Kategori Bujang
- Bujang, ibu & bapa tunggal tidak mempunyai anak
- Berumur 21-59.
- Bujang (OKU) 19 tahun ke atas
- Bukan pelajar IPT sepenuh masa
- Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang, ibu & bapa tunggal tidak mempunyai anak
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5,000 ke bawah.
Nota: Individu bujang yang sedang menuntut di IPT sepenuh masa adalah termasuk dalam tanggungan pemohon dan tidak termasuk sebagai penerima kategori bujang.
JUMLAH BANTUAN
Berikut merupakan jumlah bantuan yang diperuntukkan mengikut kategori:
- PENDAPATAN ISI RUMAH BAWAH RM2,500
| Bilangan Anak | Jumlah Bantuan |
|---|---|
| 5 orang ke atas | Rm2,500 |
| 3 dan 4 orang | Rm2,000 |
| 1 dan 2 orang | Rm1,500 |
| Tiada anak | Rm1,000 |
- PENDAPATAN ISI RUMAH RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Anak | Jumlah Bantuan |
|---|---|
| 5 orang ke atas | Rm1,250 |
| 3 dan 4 orang | Rm1,000 |
| 1 dan 2 orang | Rm750 |
| Tiada anak | Rm500 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| Pendapatan | Jumlah Bantuan |
|---|---|
| Bawah Rm5,000 | Rm600 |
- BUJANG
| Pendapatan | Jumlah Bantuan |
|---|---|
| Bawah Rm2,500 | Rm600 |
CARA LOG MASUK STR
Bagi membuat semakan status, langkah-langkah adalah seperti dibawah melalui beberapa kaedah:
1. Portal Rasmi STR
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik pada butang “Semakan Status”
- Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang) dan klik “Log Masuk”
- Maklumat lengkap mengenai status permohonan dan kelulusan akan dipaparkan.
2. Melalui Hotline Rasmi
Sekiranya menghadapi kesukaran dalam mengakses laman web, anda boleh menghubungi Hotline STR di nombor berikut:
- 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat)
- Kementerian Kewangan Malaysia: 03-8882 4565 / 4566
3. Hadir ke Cawangan LHDN Berhampiran
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet atau mengalami masalah teknikal, boleh hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan untuk membuat semakan dan mendapatkan bantuan lanjut.
TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN
Pembayaran STR dilakukan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh kerajaan. Untuk STR Fasa 3, pembayaran akan dibuat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Pembayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pengeluaran boleh dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
DOKUMEN UNTUK RAYUAN
Sekiranya permohonan STR anda tidak lulus atau anda ingin membuat rayuan, anda perlu menyediakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Slip gaji atau penyata pendapatan (jika bekerja sendiri, surat akuan pendapatan boleh digunakan).
- Sijil perkahwinan atau sijil perceraian (bagi ibu/bapa tunggal).
- Dokumen sokongan lain seperti bil elektrik atau air sebagai bukti alamat.
KESIMPULAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif penting kerajaan bagi membantu rakyat dalam menghadapi cabaran kewangan semasa.
Bagi memastikan bantuan diterima tanpa sebarang masalah, pemohon disarankan untuk membuat semakan status permohonan mengikut langkah-langkah yang telah dinyatakan. Pastikan anda menyemak tarikh pembayaran dan mengemaskini maklumat peribadi jika terdapat sebarang perubahan.
RUJUKAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi pihak berkuasa berkaitan atau layari portal rasmi STR untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah: bantuantunai.hasil.gov.my
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM): www.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia: www.treasury.gov.my
- Bank Simpanan Nasional (BSN): www.bsn.com.my