BANTUAN LAPTOP APPLE PERCUMA : SEMAK CARA TEBUS BAGI PELAJAR IPT SARAWAK

BANTUAN LAPTOP APPLE PERCUMA : SEMAK CARA TEBUS BAGI PELAJAR IPT SARAWAK

Berita baik untuk anak Sarawak yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS. Kini anda boleh boleh membuat penebusan laptop Apple percuma di mana-masa cawangan Switch di Sarawak.

Sudahkah anda menebus laptop anda? Semak cara sekarang untuk dapatkan laptop percuma.

BACA JUGA: BANTUAN WANG SAKU PELAJAR IPT SARAWAK

BANTUAN LAPTOP APPLE PERCUMA

Bantuan laptop percuma melalui Yayasan Sarawak dengan kerjasama Switch memberikan impak positif kepada anak sarawak yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. Kerajaan negeri Sarawak khususnya, sangat komited dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah agar dapat bergerak seiring dengan arus pendidikan digital sekarang.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN LAPTOP

Bagi mencapai golongan yang benar-benar layak, beberapa kriteria telah ditetapkan untuk menerima inisiatif:

  • Warganegara Malaysia dan anak jati Sarawak.
  • Pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 dan kebawah.
  • Pelajar sepenuh masa tahun pertama di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS di seluruh Malaysia.

CARA TEBUS LAPTOP PELAJAR

Untuk membuat penebusan, pelajar yang telah disahkan layak boleh membuat tebusan secara percuma di mana-mana cawangan Switch yang didaftarkan di seluruh Sarawak.

Penebusan boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi Sarawak Pay dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Sarawak Pay pada telefon.
  2. Pergi ke cawangan Switch.
  3. Ikuti arahan untuk melengkapkan proses penebusan.
  4. Terima laptop.
BANTUAN LAPTOP PERCUMA

KESIMPULAN

Dengan peruntukan sebanyak Rm30.5 Juta melalui belanjawan sarawak 2025, bantuan ini dianggarkan dapat dimanfaat oleh 10,166 pelajar dari sarawak yang sedang menuntut di IPT. Dengan adanya bantuan peranti yang berkualiti dari Switch ini diharapkan pelajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan melahirkan lulusan IPT yang lebih berdaya maju di masa akan datang.

PENAFIAN

Panduan di atas adalah berdasarkan sumber dan rujukan rasmi semasa penulisan. Pihak kami tidak mewakili mana-mana badan kerajaan atau pihak berautoriti. Tujuan artikel ini ditulis hanya memudahkan carian pengguna untuk membuat rujukan dan panduan awal mengenai bantuan laptop percuma kerajaan negeri Sarawak.

RUJUKAN

Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan sahih melalui sumber dibawah :

Untuk sebarang pertanyaan urusan berkaitan, pengguna boleh berhubung terus melalui :

  • Alamat Pejabat: Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
  • No Tel: 6082-441686
  • Email: [email protected]

Leave a Comment