CHECK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

CHECK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

PENGENALAN

Rakyat sudah boleh mula check status bantuan barang dapur yang telah dikreditkan secara tanpa tunai kepada penerima yang layak. Inisiatif dari kerajaan ini sudah pasti dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

Sudahkah bantuan telah dikreditkan ke dalam Mykad anda? Semak sekarang mengikut langkah mudah di bawah.

BACA JUGA: SEMAK SENARAI KEDAI & BARANGAN YANG DIBENARKAN

CHECK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan untuk check status bantuan MyKasih:

1.PORTAL RASMI MYKASIH

  • Layari laman web rasmi: https://www.mykasih.com.my
  • Klik pada butang [Semak Status] di halaman utama.
  • Masukkan nombor MyKad (12 digit).
  • Isikan kod Captcha yang dipaparkan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan & maklumat bayaran akan dipaparkan

2.PORTAL RASMI MYSTR

  • Layari laman web rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Log masuk menggunakan nombor MyKad & kata laluan anda.
  • Klik pada menu [Semakan Status]
  • Maklumat kelayakan dan bayaran akan dipaparkan.

KATEGORI PENERIMA & JUMLAH BANTUAN

Penerima yang layak boleh semak status bantuan barang dapur termasuk jumlah yang diperoleh berdasarkan kategori berikut:

1.PENERIMA KATEGORI MISKIN & MISKIN TEGAR (EKASIH)

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BULANANTEMPOH BANTUAN
ISI RUMAHRM100-RM20012 BULAN
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM100-RM15012 BULAN
BUJANGRM5012 BULAN

2.PENERIMA KATEGORI ASAS BUKAN MISKIN (STR SAHAJA)

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BULANANTEMPOH BANTUAN
ISI RUMAHRM1009 BULAN
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM509 BULAN
BUJANGTIDAK LAYAK

JADUAL PEMBAYARAN MYKASIH 2025

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Miskin & Miskin Tegar (eKasih)Bermula Januari 2025 hingga Disember 2025
Asas Bukan Miskin (STR sahaja)Bermula April 2025 hingga Disember 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR 2025
  • Berdaftar dalam eKasih

KESIMPULAN

Justeru, diharapkan artikel ini memberi manfaat kepada pembaca. Penerima dapat check status bantuan barang dapur terkini tanpa perlu hadir ke mana-mana kaunter berkaitan kerana semakan secara atas talian lebih mudah dan cepat. Ia bukan sahaja dapat melancarkan urusan malahan dapat membantu keluarga berpendapatan rendah meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan terancang.

PENAFIAN

Segala maklumat yang dikongsi dalam artikel ini berdasarkan sumber rasmi pada waktu penulisan yang bertujuan sebagai perkongsian maklumat umum sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau perubahan jumlah, tarikh dan syarat kelayakan permohonan. Sebarang perubahan tertakluk kepada pengumuman rasmi pihak berwajib. Pembaca disarankan untuk menyemak di laman rasmi bagi mendapatkan info yang sahih dan terkini.

RUJUKAN

Leave a Comment