BANTUAN BARANG DAPUR MYKAD : SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH 2025
PENGENALAN
Bantuan barang dapur dalam MyKad adalah satu inisiatif dari kerajaan melalui program MyKasih untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan asas. Menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan Malaysia mengharapkan inisiatif dapat meringankan bebanan rakyat dalam menampung perbelanjaan barang dapur.
Adakah bantuan anda telah dikreditkan? Semak langkah dibawah untuk membuat semakan mudah.
BACA JUGA: SEMAK SENARAI KEDAI & BARANGAN YANG DIBENARKAN
SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR MYKAD
Bantuan barang dapur dalam MyKad boleh disemak menggunakan dua cara berikut:
- PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari laman web: https://www.mykasih.com.my/
- Klik pada bahagian “Semak Status”.
- Masukkan 12 digit nombor MyKad & kod Captcha.
- Klik “Semak” untuk melihat status kelayakan.
- PORTAL MYSTR
- Layari laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor MyKad & kata laluan.
- Klik pada menu “Semakan Status”.
- Status kelayakan & maklumat bayaran akan dipaparkan.
JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Jumlah bantuan barang dapur dalam MyKad berbeza mengikut kategori penerima. Bantuan akan dikreditkan tanpa tunai ke dalam MyKad pada 1hb untuk setiap bulan pada tahun 2025.
| Penerima Miskin & Miskin Tegar (eKasih & STR) | Penerima Asas Bukan Miskin (STR sahaja) |
|---|---|
| 1. Isi Rumah: RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) 2.Warga Emas Tiada Pasangan: RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) 3.Bujang: RM50 sebulan sepanjang tahun | 1. Isi Rumah: RM100 sebulan (April-Disember) 2. Warga Emas Tiada Pasangan: RM50 sebulan (April-Disember) 3.Bujang: Tidak layak menerima bantuan |
TARIKH BANTUAN MYKASIH 2025
Bantuan akan dikreditkan secara automatik tanpa tunai ke dalam MyKad pada setiap bulan mengikut kategori seperti jadual berikut:
| Penerima Miskin & Miskin Tegar (eKasih & STR) | Penerima Asas Bukan Miskin (STR sahaja) |
|---|---|
| Bayaran bermula 15 Januari 2025 & diteruskan hingga Disember 2025 | Bayaran bermula 1 April 2025 & diteruskan hingga 1 Disember 2025 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Antara syarat kelayakan terkini Bantuan MyKasih 2025 adalah:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon perlu lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
- Pemohon berdaftar dalam eKasih.
KESIMPULAN
Diharapkan artikel ini dapat membantu para penerima bantuan barang dapur dalam MyKad untuk membuat semakan dengan lebih mudah dan cepat. Masa juga dapat dijimatkan tanpa perlu hadir ke kaunter jabatan kerajaan yang berkaitan. Tambahan lagi, bantuan seperti ini sudah tentu dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat pada masa kini.
PENAFIAN
Info yang dikongsikan dalam artikel ini hanya sebagai rujukan umum sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan tarikh, jumlah bantuan atau syarat kelayakan permohonan. Oleh itu, pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi kerajaan atau hubungi pihak yang berkaitan.
RUJUKAN
- Portal Rasmi MyKasih: http://mykasih.com.my
- Portal STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR: 03-8882 4565/03-8882 4566