BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK BANTUAN TERKINI

BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK BANTUAN TERKINI

PENGENALAN

Kerajaan Malaysia terus komited dengan melaksanakan Bantuan SARA MyKasih kepada rakyat yang berpendapatan rendah. “Penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana mekanisme tersebut memastikan golongan miskin menerima manfaatnya dalam bentuk barang asas termasuk makanan asas,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025. Program ini akan memanfaatkan sembilan juta penerima yang layak dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion.

Bagaimana nak semak pengkreditan bantuan dalam MyKad? Ikuti info lanjut yang telah kami sediakan.

BACA JUGA: SEMAK SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DI BELI

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Jumlah bantuan akan dikreditkan secara tanpa tunai dan penerima boleh membeli barang asas dengan membuat pembayaran menggunakan MyKad. Kadar bantuan SARA MyKasih akan diagihkan kepada penerima yang layak mengikut kategori berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Miskin & Miskin Tegar (eKasih)Isi Rumah:
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan:
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
Bujang:
RM50 sebulan sepanjang tahun
Asas Bukan Miskin (STR)Isi Rumah:
RM100 sebulan (April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan:
RM50 sebulan (April-Disember)
Bujang:
Tidak layak menerima bantuan

KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH

Antara syarat kelayakan untuk penerima bantuan SARA MyKasih adalah seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tersenarai dalam data eKasih atau penerima STR.
  3. Pendapatan isi rumah mengikut kategori miskin & B40.
  4. Tiada rekod pendapatan tetap.

SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH

Semakan status bantuan MyKasih boleh dilakukan melalui dua portal rasmi:

  1. PORTAL RASMI MYKASIH
    • Layari: https://www.mykasih.com.my
    • Klik pada “Semak Status”.
    • Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang).
    • Masukkan kod captcha yang dipaparkan.
    • Klik butang “Semak Status”.
    • Status kelayakan akan dipaparkan.
  2. PORTAL RASMI MYSTR
    • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad & log masuk.
    • Klik pada menu “Semakan Status”.
    • Status kelayakan & maklumat bayaran akan dipaparkan.

KESIMPULAN

Sebagai inisiatif kerajaan dalam meringankan beban rakyat, Bantuan Sara MyKasih 2025 dapat memberi manfaat besar kepada golongan berpendapatan rendah. Para penerima bantuan dapat mengetahui status bantuan dengan pantas kerana semakan lebih mudah secara atas talian. Semoga info ini akan membantu para pembaca membuat semakan dan merancang kewangan dengan lebih baik.

PENAFIAN

Artikel ini disediakan bertujuan sebagai perkongsian maklumat sahaja. Segala info berkaitan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, perubahan atau ketidaktepatan info bantuan. Pembaca digalakkan untuk merujuk laman web rasmi atau pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.

RUJUKAN

  1. Portal Rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my
  2. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://www.mof.gov.my
  3. Portal STR LHDN: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  4. Hotline MyKasih: 03- 7720 1800
  5. Email Rasmi: [email protected]

Leave a Comment