SEMAKAN STR FASA 3 : (2025) SEMAK KELAYAKAN
Melihat sambutan baik rakyat, bantuan tunai (STR) yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan miskin dan sederhana diteruskan lagi pada tahun ini (2025). Malah sumbangan tunai ini ditingkatkan peruntukannya sebanyak 13 juta ringgit melalui bajet Belanjawan 2025.
Berdasarkan penilaian, seramai 60 peratus (%) rakyat Malaysia akan menerima manfaat dari bantuan tunai STR ini. Kepada individu yang layak, bantuan ini disalurkan melalui Empat (4) Fasa sepanjang tahun 2025. Buat semakan STR Fasa 3 anda melalui kaedah yang diberikan bagi melihat status kelayakan anda.
BACA JUGA : BANTUAN LAPTOP PELAJAT IPT SARAWAK
STR FASA 3 2025
Apa yang perlu anda tahu mengenai STR Fasa 3 2025?
STR Fasa 3 ini merupakan siri ketiga (3) penyaluran bantuan tunai kepada rakyat bagi tahun 2025. Bantuan ini diberikan melalui 4 Fasa sepanjang tahun mengikut tarikh yang ditetapkan. Kepada individu yang baru ingin membuat permohonan, permohonan ini masih dibuka sepanjang tahun. Dan kepada pemohon yang telah menerima bantuan untuk Fasa satu (1) dan Fasa dua (2), penting untuk anda ambil maklum mengenai cara semakan, tarikh bayaran, dan jumlah yang diperuntukkan untuk Fasa tiga (3) mengikut kategori masing-masing.

SEMAKAN KELAYAKAN STR
Untuk memohon bantuan tunai ini, individu mestilah kenalpasti kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan sesuai dengan kategori yang dipohon bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar dan tiada masalah semasa tarikh pembayaran. Rujuk panduan dibawah untuk semak kelayakan anda.
- KATEGORI ISI RUMAH
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | – Kahwin atau; – Ibu Bapa tunggal. – Balu. – Janda / Duda yang mempunyai anak. – Pendapatan RM5,000 dan ke bawah. |
- KATEGORI WARGA EMAS
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal. – Balu. – Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 60 tahun ke atas. – Pendapatan RM5,000 ke bawah. |
- KATEGORI BUJANG
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| BUJANG | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal. – Balu. – Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 21-59 tahun. – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas. – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. – Pendapatan RM2,500 ke bawah. |
Nota: Individu bujang yang sedang belajar di IPTA/IPTS sepenuh masa tidak layak untuk memohon bantuan STR 2025. Nama anda telah dimasukkan kedalam data sebagai tanggungan kepada ibu bapa / penjaga.
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR
Jumlah bayaran yang diberikan kepada setiap inividu adalah berbeza mengikut kategori kelayakan masing-masing. Perbezaan ini mengambil kira kadar keperluan kewangan individu tidak sama dari segi keperluan dan tanggungan. Jumlah bayaran yang diterima kepada pemohon yang layak adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN 2025 |
|---|---|
| ISI RUMAH (PENDAPATAN BAWAH RM2,500) | 5 Anak Ke Atas : RM2,500 3-4 Anak : RM2,000 2-1 Anak : RM1,500 Tiada Anak : RM1000 |
| ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501-RM5,000) | 5 Anak Ke Atas : RM1,250 3-4 Anak : RM1,000 2-1 Anak : RM750 Tiada Anak : RM500 |
| WARGA EMAS (PENDAPATAN BAWAH RM5,000) | RM600 |
| BUJANG | RM600 |
SEMAKAN TARIKH BAYARAN
Tarikh bayaran bantuan adalah melalui empat (4) Fasa sepanjang tahun. Semak tarikh bayaran berikut:
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| SATU (1) | 22 – 28 Januari 2025 |
| DUA (2) | 23 Mac 2025 |
| TIGA (3) | Ogos 2025 |
| EMPAT (4) | November 2025 |
PERMOHONAN BARU STR
Permohonan bagi menerima bantuan tunai STR 2025 adalah dibuka sepanjang tahun. Bagi individu yang layak, ikuti panduan langkah permohonan yang diberikan.

- Layari portal rasmi (STR) 2025 di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Tekan butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Tekan butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Tekan butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Tekan butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Tekan butang [KEMUDIAN] jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Tekan butang [CETAK] jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
SEMAKAN STR
Bagi individu yang ingin membuat status semakan terkini bantuan STR 2025, semakan boleh dibuat bila-bila masa dengan ikuti langkah mudah berikut:
LANGKAH SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2025.
- Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Proses semakan selesai.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Bantuan STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected].