SEMAKAN MYKASIH 2025 : CEK ONLINE STATUS BANTUAN DALAM MYKAD

SEMAKAN MYKASIH 2025 : CEK ONLINE STATUS BANTUAN DALAM MYKAD

Belanjawan 2025 menyaksikan kesinambungan program SARA MyKasih dengan peruntukan besar untuk golongan miskin & B40 yang merangkumi 9 juta penerima yang layak. Bantuan ini diberi dalam bentuk sumbangan bulanan secara tanpa tunai yang dimasukkan ke dalam MyKad.

Nak tahu cara semakan bantuan MyKasih dalam MyKad? Ikuti segala kupasan lengkap yang telah disediakan.

BACA JUGA: SENARAI KEDAI & BARANGAN DAPUR MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025

Ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan pemohon benar-benar layak untuk menerima bantuan. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan. Atau;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKASIH

Jumlah bantuan yang diagihkan kepada penerima yang layak adalah berbeza mengikut kategori penerima. Berikut disertakan jadual kategori penerima dan jumlah bantuan sebagai gambaran yang lebih jelas:

  • PENERIMA STR & EKASIH (B40)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA STR (M40)
KATEROGI PENERIMAJUMLAH BANTUN
ISI RUMAHRM900
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak layak

TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025

Penerima bantuan akan menerima bantuan MyKasih secara tanpa tunai ke dalam MyKad mereka mengikut tarikh yang berbeza berdasarkan kategori berikut:

  1. Penerima STR & eKasih:
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  2. Penerima STR sahaja:
    • Bermula April hingga Disember 2025

SEMAKAN MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan bantuan MyKasih iaitu melalui portal rasmi MyKasih & portal rasmi MySTR. Berikut disertakan panduan lengkap cara semakan bagi dua portal tersebut:

CARA SEMAKAN MYKASIH 2025

PORTAL RASMI MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih

    Buka pelayar web dan pergi ke: https://mykasih.com.my/

  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login

    Biasanya terletak di bahagian atas laman.

  3. Masukkan maklumat diperlukan:

    Nombor MyKad / IC
    Kata laluan (jika diperlukan)
    Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.

  4. Tekan butang ‘Login’

    Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
    – Semak status kelayakan
    – Semak baki bantuan
    – Semak rekod transaksi

  5. Sekiranya lupa kata laluan

    Klik “Forgot Password” & ikut arahan untuk reset melalui e-mel atau SMS (jika tersedia).

PORTAL RASMI MYSTR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan (tanpa sengkang). Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Papar Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
    • Status permohonan STR
    • Kelayakan bantuan
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, anda akan nampak jumlah bantuan & tarikh bayaran.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment