CARA GUNA MYKASIH SARA : SEMAK PANDUAN LENGKAP (2025)
Bantuan SARA MyKasih merupakan inisiatif digital dan mudah akses di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu golongan B40 dan miskin tegar mendapatkan barangan keperluan asas. Melalui program ini, penerima hanya perlu menggunakan MyKad untuk membuat pembelian di kedai runcit atau pasaraya rakan MyKasih terpilih.
Bagaimanakah cara guna bantuan MyKasih SARA untuk membuat pembelian? Ketahui caranya dengan panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA: CHECK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH
SENARAI BARANGAN MYKASIH SARA
Penerima bantuan boleh membuat pembelian menggunakan MyKad secara tanpa tunai. Terdapat 13 kategori barangan keperluan asas yang boleh dibeli oleh penerima bantuan di kedai runcit atau pasar raya terpilih. Antara barangan asas tersebut termasuk:

| KATEGORI BARANGAN | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| BARANGAN PERSEKOLAHAN | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
SENARAI KEDAI MYKASIH SARA
Terdapat lebih 1200 kedai runcit atau pasar raya yang terpilih. Pengguna boleh mengunjungi lokasi yang terdekat dengan daerah masing-masing untuk membuat pembelian barangan asas. Berikut adalah senarai kedai rakan niaga MyKasih SARA 2025 yang biasanya terlibat bergantung kepada lokasi:
- Pasar Raya Besar/Nasional:
- Mydin
- Econsave
- Lotus’s
- Giant
- AEON Big
- The Store
- 99 Speedmart
- TF Value Mart
- Billion
- Pasar Mini/Runcit/Lain-lain:
- KK Super Mart
- BS Freshmart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Sakan
- U Sentral Market
- Pasaraya Top Ten
- Hi Way Mart
- Super Seven
Senarai lokasi kedai/pasar raya juga boleh rujuk di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA MYKASIH SARA
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dan membuat pembelian hanya menggunakan MyKad secara tanpa tunai. Berikut adalah cara menggunakan MyKasih SARA:
- Pastikan anda penerima yang sah (melalui STR/eKasih).
- Semak nama anda dalam sistem MyKasih.
- Kunjungi pasar raya atau kedai rakan MyKasih berdekatan.
- Pilih barangan asas yang dibenarkan (rujuk senarai kategori).
- Semasa pembayaran, hanya perlu imbas MyKad dan masukkan PIN 6-digit (ditetapkan semasa pengesahan awal bantuan).
- Resit akan dikeluarkan & amaun ditolak daripada baki bantuan bulanan anda.
- Gunakan bantuan sebelum tamat tempoh (tarikh luput sehingga 31 Disember 2025)
CARA SEMAK BAKI MYKASIH SARA
Penerima bantuan boleh membuat semakan baki dalam MyKad mengikut langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyKasih dari:
- Buka aplikasi dan tekan “Log Masuk”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang) dan tekan “Hantar OTP”.
- Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon berdaftar.
- Sebaik berjaya log masuk, pilih menu “Baki” / “Akaun” / “Transaksi”.
- Paparan baki terkini bantuan anda akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Cara Guna MyKasih SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan.
Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]