MYKASIH SARA SEMAKAN : (2025) CHECK STATUS TERKINI BANTUAN

MYKASIH SARA SEMAKAN : (2025) CHECK STATUS TERKINI BANTUAN

Belanjawan 2025 terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan hidup rakyat berpendapatan rendah menerusi bantuan bersasar seperti program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Menerusi inisiatif ini, penerima yang layak akan menerima bantuan barangan keperluan asas secara bulanan tanpa tunai terus melalui MyKad.

Bagaimana nak buat semakan bantuan MyKasih SARA sama ada sudah masuk atau belum? Semak info lanjut yang telah disediakan.

BACA JUGA: CEK SENARAI KEDAI & BARANG DAPUR MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi memastikan penerima bantuan benar-benar layak atau tidak. Antaranya ialah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
  3. Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan
  4. Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025- Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan. Atau;
  5. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)

TARIKH BANTUAN MYKASIH SARA

Agihan bantuan Mykasih SARA adalah berbeza tarikh mengikut kategori penerima yang layak. Berikut adalah kategori penerima yang terlibat berserta tarikh bantuan:

  1. Penerima STR & eKasih:
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  2. Penerima STR sahaja:
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA

Bantuan MyKasih SARA akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima. Jumlah bantuan yang diberi adalah berbeza berdasarkan kategori seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
PENERIMA STR & EKASIH
(MISKIN & MISKIN TEGAR)
ISI RUMAH: RM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANG: RM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
PENERIMA STR
(ASAS BUKAN MISKIN)
ISI RUMAH: RM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGAN: RM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANG: Tidak layak

CARA SEMAKAN MYKASIH SARA

Penerima bantuan MyKasih SARA boleh membuat semakan status secara online. Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu:

SEMAKAN MELALUI PORTAL EKASIH

  • Layari laman web rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my/
  • Klik menu “Semakan eKasih” di laman utama.
  • Masukkan No MyKad anda pada ruang yang disediakan.
  • Klik butang “Cari” atau “Semak”.
  • Maklumat status keahlian eKasih anda akan dipaparkan termasuk:
    • Status pendaftaran dalam eKasih
    • Kategori pendapatan (miskin/miskin tegar)
    • Nama isi rumah & daerah
  • Jika anda aktif & layak dalam sistem eKasih, anda berpotensi untuk menerima bantuan SARA MyKasih, bergantung kepada saringan oleh kerajaan.

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

  • Layari laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik “Log Masuk MySTR” di laman utama.
  • Masukkan No MyKad & kata laluan yang didaftarkan.
  • Sahkan captcha keselamatan & klik “Log Masuk”.
  • Dalam dashboard MySTR, semak bahagian status bantuan.
  • Jika layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, akan terpapar butiran seperti:
    • Kelayakan bantuan
    • Kategori penerima
    • Amaun bantuan
    • Tarikh pengkreditan

    RUJUKAN

    Panduan bagi Mykasih SARA Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

    Leave a Comment