MY KASIH SEMAK STATUS 2025 : SEMAKAN TERKINI PENERIMA (RM900 & RM450)

MY KASIH SEMAK STATUS 2025 : SEMAKAN TERKINI PENERIMA (RM900 & RM450)

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih ialah bantuan kerajaan di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu rakyat menampung kos perbelanjaan bulanan bagi pembelian barang keperluan asas. Penerima yang layak akan menerima bantuan secara automatik melalui MyKad dan boleh membuat pembelian di lebih 1200 pasar raya atau kedai terpilih.

Bagaimanakah cara nak semak status bantuan MyKasih? Ikuti panduan lengkap yang telah disediakan.

BACA JUGA: SEMAK CARA GUNA BANTUAN SARA

SEMAK KELAYAKAN MY KASIH

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR atau tersenarai dalam eKasih
  • Kategori miskin & miskin tegar
  • Tiada pendapatan tetap

TARIKH BAYARAN MY KASIH

Pembayaran bantuan My Kasih adalah secara terus ke dalam MyKad penerima secara bulanan. Penerima akan menerima bayaran pada tarikh berbeza berdasarkan kategori kelayakan seperti butiran berikut:

  • Penerima STR & eKasih (B40):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima STR sahaja (M40):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN MY KASIH

Bantuan My Kasih akan diagihkan dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan kategori penerima. Berikut disertakan jadual kategori penerima dan jumlah bayaran yang akan diperoleh:

  • PENERIMA STR & EKASIH (B40)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA STR SAHAJA (M40)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

CARA SEMAK STATUS MY KASIH

Kerajaan telah menyediakan 2 platform rasmi bagi memudahkan akses rakyat untuk membuat semakan bantuan My Kasih. Berikut disertakan panduan lengkap membuat semakan My Kasih secara atas talian:

CARA SEMAK MY KASIH

1. PLATFORM RASMI MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih:

    https://mykasih.com.my/

  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’

    Biasanya terletak di bahagian atas laman.

  3. Masukkan maklumat diperlukan

    Nombor MyKad / IC
    Kata laluan (jika diperlukan)
    Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.

  4. Tekan butang ‘Login’

    Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
    – Semak status kelayakan
    – Semak baki bantuan
    – Semak rekod transaksi

  5. Sekiranya lupa kata laluan

    Klik “Forgot Password” & ikut arahan untuk reset melalui e-mel atau SMS (jika tersedia).

2. PORTAL RASMI MYSTR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR:
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan (tanpa sengkang). Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Papar Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA dan jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, anda akan nampak jumlah bantuan & tempoh bayaran.

RUJUKAN

Panduan bagi SEMAK MY KASIH ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment