BANTUAN TUNAI FASA 3 : SEMAKAN STATUS PENERIMA
Bantuan Tunai STR adalah salah satu bentuk sokongan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Melalui bantuan ini, golongan B40 dan M40 mendapat sedikit kelegaan bagi memenuhi keperluan asas harian seperti makanan, pendidikan anak-anak dan kesihatan. Bantuan STR bukan sekadar wang ringgit, ia adalah bukti komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia secara menyeluruh.
Semak kelayakan anda dan pastikan maklumat dikemas kini untuk tidak terlepas bayaran Fasa 3 2025.
BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BANTUAN STR (SEMAK KELAYAKAN FASA 3 2025)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI
Bagi menerima bantuan tunai STR ini kerjaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan mengikut kategori penerima. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan:
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | – Kahwin atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. – Pendapatan RM5,000 dan ke bawah. |
| WARGA EMAS | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 60 tahun ke atas. – Pendapatan RM5,000 ke bawah |
| BUJANG | – Bujang atau; – Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak. – Berumur 21-59 tahun. – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas. – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. – Pendapatan RM2,500 ke bawah. |
Nota: Pelajar yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi IPTA/IPTS sepenuh masa yang ingin memohon untuk kategori bujang adalah tidak layak untuk membuat permohonan.
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI
Kerajaan menetapkan dua (2) kaedah pengkreditan bantuan kepada penerima yang layak. Pemohon boleh memilih untuk dikreditkan terus ke dalam akaun bank atau ambil secara tunai cash di Bank (BSN).
- PENERIMA MELALUI AKAUN BANK
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| AKAUAN BANK | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan |
- PENERIMA TIADA AKAUAN BANK
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| TIADA AKAUAN BANK | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
Pembayaran bagi Bantuan Tuani (STR) ini diberikan secara berperingkat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun 2025. Rujuk fasa dan tarikh pembayaran di bawah.
| FASA AGIHAN | TAIKH BARAYAN |
|---|---|
| SATU (1) | 22 – 28 Januari 2025 |
| DUA (2) | 24 Mac 2025 |
| TIGA (3) | Ogos 2025 |
| EMPAT (4) | November 2025 |
JUMLAH BAYARAN STR
Jumlah bantuan yang diberikan adalah bergantung kepada setiap kelayakan kategori penerima. Bayaran bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH (B40) | 5 Anak Ke Atas : RM2,500 3-4 Anak : RM2,000 2-1 Anak : RM1,500 Tiada Anak : RM1,000 |
| ISI RUMAH (M40) | 5 Anak Ke Atas : RM1,250 3-4 Anak : RM1,000 2-1 Anak : RM750 Tiada Anak : RM500 |
| WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) | RM600 |
| BUJANG | RM600 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR
Ikuti langkah mudah di bawah untuk membuat semakan status terkini bantuan tunai STR.
Cara semak status terkini bantuan STR.
- Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Proses semakan selesai.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan Tunai (STR) Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]