SEMAKAN SARA TAMBAHAN 100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

SEMAKAN SARA TAMBAHAN 100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

Pada 23 Julai 2025, kerajaan memperkenalkan bantuan khas SARA Tambahan 100 berbentuk bayaran one-off kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Perdana Menteri dalam ucapan Penghargaan Untuk Rakyat menegaskan bahawa inisiatif ini adalah tanda penghargaan dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, di samping memberi bantuan segera untuk menampung kos perbelanjaan harian. Dana ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima melalui platform MyKasih, membolehkan ia digunakan di lebih 4600 kedai rakan niaga tanpa memerlukan wang tunai. Dengan kaedah ini, proses penyaluran menjadi lebih mudah, selamat dan pantas untuk semua yang layak. Melalui pelaksanaan SARA Tambahan 100 ini, kerajaan berharap ia dapat mengurangkan sedikit beban kewangan dan membawa manfaat segera kepada setiap lapisan masyarakat.

Semakan status kelayakan penerima boleh dilakukan secara dalam talian bagi memastikan bantuan sampai kepada penerima dengan tepat. Ikuti artikel ini untuk info yang lebih lanjut.

BACA JUGA: CHECK STATUS BANTUAN ONE-OFF SARA UNTUK SEMUA 2025

APA SYARAT KELAYAKAN SARA TAMBAHAN 100?

Individu dewasa di seluruh negara berpeluang menikmati bantuan SARA tambahan 100 ini, dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA TAMBAHAN?

  • Individu yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan SARA tambahan 100 secara automatik ke dalam MyKad, tanpa mengira status.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Ahli keluarga di bawah tanggungan isi rumah juga tetap layak jika berumur 18 tahun ke atas.
  • Contoh agihan: Suami RM100, Isteri RM100, Anak yang belajar di IPT pun dapat RM100.

BILA TARIKH BAYARAN SARA TAMBAHAN?

Tarikh bayaran ayaran bantuan SARA tambahan one-off sebanyak 100 akan dilaksanakan mengikut butiran berikut:

TARIKH BAYARAN SARA TAMBAHAN
  • Penerima bantuan SARA tambahan yang layak dapat menikmati kemudahan pembelian barangan asas dengan MyKad mulai 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

CARA GUNA SARA TAMBAHAN 100

Penerima bantuan boleh merujuk kepada panduan di bawah untuk menggunakan SARA tambahan 100 yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:

CARA GUNA SARA TAMBAHAN 100
  1. Pilih Barang Keperluan
    • Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    • Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    • Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    • Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    • Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN SARA TAMBAHAN 100

Untuk mengetahui status kelayakan penerima bantuan SARA tambahan 100, penerima boleh membuat semakan online bermula 21 Ogos 2025 menerusi aplikasi MyKasih yang telah disediakan. Berikut ialah langkah-langkah lengkapnya:

SEMAKAN SARA TAMBAHAN 100
  1. MUAT TURUN APLIKASI
  2. LOG MASUK / DAFTAR
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
  3. SEMAK BAKI
    • Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
    • Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
    • Anda juga boleh semak:
    • Tarikh bantuan dikreditkan
    • Senarai barangan yang dibenarkan
  • CIRI TAMBAHAN:
    • Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
    • Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
    • Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
  • NOTA PENTING:
    • Jika gagal log masuk aplikasi:
    • Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
    • Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
    • Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan SARA Tambahan 100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment