SEMAKAN SARA RM100 : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Kerajaan Malaysia terus komited membantu golongan berpendapatan rendah menerusi pelbagai inisiatif kebajikan rakyat. Salah satu bantuan yang diteruskan pada tahun 2025 ialah program SARA MyKasih, yang memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar dana bagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan secara konsisten dan berkesan kepada 5.4 juta penerima yang layak. Antara yang menjadi perhatian ialah bantuan SARA RM100 sebulan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima, membolehkan pembelian barangan asas terpilih di pasar raya terlibat. Penerima yang layak boleh membuat semakan status SARA RM100 secara atas talian sahaja.
Bagaimanakah cara membuat semakan bantuan SARA RM100? Artikel ini akan membantu anda menyemak status kelayakan SARA 2025, tarikh bantuan, jumlah bayaran dan info penting berkaitan bantuan tersebut.
BACA JUGA: CHECK STATUS TERKINI BANTUAN MY SARA 2025
APA SYARAT KELAYAKAN SARA RM100?
Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan SARA RM100. Berikut adalah senarai syarat tersebut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BERAPA JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA?
Bantuan SARA RM100 disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad kepada penerima mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat jumlah bantuan bagi setiap kategori:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*TERKINI BANTUAN TAMBAHAN SARA UNTUK SEMUA ONE-OFF RM100
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA?
Tarikh pembayaran Bantuan SARA RM100 berbeza mengikut kategori penerima yang layak, seperti yang diperincikan berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025.
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025.
- Penerima SARA Untuk Semua (One-off):
- Bayaran pada Ogos 2025.
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA RM100?
Penerima SARA RM100 boleh membuat pembelian dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan MyKasih yang telah dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
BAGAIMANA CARA NAK SEMAK STATUS SARA?
Semakan status SARA RM100 boleh dibuat melalui laman rasmi Mykasih ataupun melalui portal bantuantunai.hasil.gov. Untuk cara semakan sila ikuti panduan berikut:
MELALUI PORTAL STR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan SARA RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]