SEMAK SARA MYKASIH RM100 : (2025) SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Program SARA MyKasih diteruskan oleh kerajaan sebagai salah satu inisiatif dalam Belanjawan 2025 untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan RM100 setiap bulan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad secara tanpa tunai untuk digunakan membeli barangan keperluan asas. Bantuan ini memanfaatkan 5.4 juta isi rumah daripada golongan B40 dan M40 di seluruh negara. Tujuan utama SARA MyKasih adalah bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian, terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Artikel ini akan menghuraikan panduan tentang cara semak SARA MyKasih RM100, syarat kelayakan, serta maklumat penting berkaitan penerimaan bantuan.
BACA JUGA: CHECK BANTUAN SARA RM100 DALAM MYKAD
APA SYARAT SARA MYKASIH?
Bantuan SARA MyKasih RM100 diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang menepati syarat kelayakan. Ia meliputi pemohon daripada kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Rujuk butiran di bawah untuk maklumat lanjut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
TARIKH SARA MYKASIH RM100 BILA DIBAYAR?
Penerima yang layak, sama ada dari kumpulan B40 atau M40, akan menerima kemasukan Bantuan SARA MyKasih RM100 pada setiap awal bulan. Berikut adalah penjelasan lanjut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPAKAH JUMLAH SARA MYKASIH YANG DISALURKAN?
Setiap kategori kelayakan dalam program SARA MyKasih mempunyai kadar bantuan yang berbeza. Bagi golongan B40, jumlah bantuan adalah antara RM600 hingga RM2100, manakala bagi M40 pula antara RM450 hingga RM900. Semua bayaran ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima. Semak jadual berikut yang menunjukkan pecahan bantuan SARA MyKasih:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF RM100 SARA
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Tiada permohonan diperlukan.
- Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Semakan status bantuan tambahan SARA MyKasih RM100 boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BAGAIMANA CARA GUNA SARA MYKASIH RM100?
Untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan SARA MyKasih RM100 boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

CARA SEMAK SARA MYKASIH RM100 BAGAIMANA?
Untuk mengetahui status kelayakan Bantuan SARA MyKasih RM100, penerima boleh semak secara online melalui dua portal rasmi iaitu Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my dan Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan:
SEMAK SARA MYKASIH RM100 MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK SARA MYKASIH RM100 MELALUI PORTAL MYKASIH
- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:

RUJUKAN
Panduan bagi Semak Sara MyKasih RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]