SEMAK BANTUAN RM100 SARA : SEMAKAN STATUS BAYARAN DALAM MYKAD 2025

SEMAK BANTUAN RM100 SARA : SEMAKAN STATUS BAYARAN DALAM MYKAD 2025

Program Bantuan RM100 SARA MyKasih merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan, yang boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan asas di kedai runcit dan pasar raya terpilih. Menurut pengumuman kerajaan, bantuan ini melibatkan 5.4 juta penerima dari kalangan B40 dan sebahagian M40, agar manfaatnya dapat dirasai lebih meluas. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk memastikan setiap keluarga berpendapatan rendah mendapat akses kepada makanan serta keperluan asas yang lebih terjamin. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tekanan kewangan bulanan rakyat dalam menguruskan perbelanjaan harian.

Artikel ini akan kongsikan cara semak bantuan RM100 SARA melalui MyKad 2025 serta maklumat lengkap berkaitan kelayakan dan kaedah bayaran.

BACA JUGA: SENARAI KATEGORI BARANGAN ASAS SARA MYKASIH TERKINI

APA SYARAT BANTUAN RM100 SARA?

B40 dan M40 yang layak boleh menerima Bantuan RM100 SARA, tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Bantuan ini merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah penjelasannya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA YANG DISALURKAN?

  • Jumlah bantuan RM100 SARA mengikut kategori:
    • B40: RM600 – RM2,100
    • M40: RM450 – RM900
  • Semua bayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima. Check jadual di bawah untuk pecahan lanjut jumlah bantuan RM100 SARA:
  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN RM100 ONE-OFF SARA UNTUK SEMUA

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BANTUAN TAMBAHAN ONE-OFF SARA UNTUK SEMUA

CHECK TARIKH BANTUAN RM100 SARA DIBAYAR BILA?

Bayaran Bantuan RM100 SARA akan dikreditkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

CARA GUNA BANTUAN RM100 SARA BAGAIMANA?

Untuk membuat pembelian menggunakan Bantuan RM100 SARA, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan RM100 boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA BANTUAN BAGAIMANA

BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN RM100 SARA?

Untuk semak Bantuan RM100 SARA, penerima boleh menyemak secara online melalui dua portal rasmi iaitu Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my dan Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan:

SEMAK BANTUAN RM100 SARA MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN RM100 SARA

SEMAK BANTUAN RM100 SARA MELALUI PORTAL MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi
LOGIN BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN RM100 SARA

RUJUKAN

Panduan bagi Semak Bantuan RM100 SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment