SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah bantuan kewangan tanpa tunai yang dikreditkan terus ke MyKad penerima bagi pembelian barangan keperluan asas di lebih 4600 pasar raya dan kedai runcit terpilih. Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan penerusan bantuan SARA RM100 sebulan khusus untuk golongan B40 dan sebahagian M40 sebagai langkah meringankan tekanan kos sara hidup. Bantuan ini memberi manfaat kepada jutaan penerima di seluruh negara merangkumi kategori isi rumah, bujang, dan warga emas. Ia bertujuan memastikan bantuan sampai tepat kepada golongan sasar, sekaligus membantu mengawal perbelanjaan asas isi rumah.

Melalui kemudahan semakan status secara dalam talian, rakyat boleh mengetahui kelayakan bantuan SARA RM100 mereka dengan mudah tanpa perlu hadir ke kaunter atau pejabat bantuan. Ikuti info lanjut di bawah.

BACA JUGA: CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Bantuan SARA RM100 ini tertakluk kepada syarat kelayakan tertentu yang perlu dipenuhi oleh setiap pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut butirannya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

TARIKH MASUK DUIT SARA RM100 BILA?

Tarikh masuk duit bantuan SARA RM100 adalah pada setiap awal bulan mengikut kategori penerima yang layak, sama ada penerima B40 atau M40, seperti yang diperincikan berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA BERAPA?

Setiap kategori kelayakan dalam program MyKasih mempunyai jumlah bantuan tersendiri, B40 antara RM600-RM2100 dan M40 antara RM450-RM900, yang akan dikreditkan secara terus ke MyKad penerima. Jadual berikut menunjukkan pecahan bantuan tersebut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA UNTUK SEMUA ONE-OFF RM100

BANTUAN TAMBAHAN ONE-OFF
  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA Untuk Semua boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

CARA GUNA SARA RM100 MACAM MANA?

Penggunaan bantuan SARA RM100 melalui MyKad boleh dilakukan dengan mudah. Rujuk panduan di bawah untuk langkah-langkahnya:

CARA GUNA SARA RM100 MACAM MANA
  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 BAGAIMANA?

Untuk mengetahui kelayakan atau status bantuan, penerima bantuan SARA RM100 boleh membuat semakan online menerusi dua laman rasmi iaitu Portal STR dan Portal MyKasih yang telah disediakan. Berikut ialah langkah-langkah lengkapnya:

SARA RM100 SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

LOGIN SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 BAGAIMANA
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SARA RM100 SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 BAGAIMANA
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Bantuan SARA RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment