BANTUAN RM100 SARA 2025 : (ONE OFF) SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN
Kerajaan Malaysia terus komited dalam memastikan kebajikan rakyat terbela melalui pelbagai inisiatif bantuan kewangan, termasuk pemberian Bantuan RM100 SARA 2025 secara one-off. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat dalam menghadapi tekanan ekonomi semasa. Dalam satu pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, beliau menyatakan bahawa bantuan ini adalah tanda penghargaan dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang sentiasa bersama dalam membangunkan negara. Bantuan tambahan ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Semakan status kelayakan boleh dibuat secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai mengetahui sama ada mereka tersenarai sebagai penerima atau tidak. Artikel ini akan membantu anda memahami syarat kelayakan dan langkah semakan status secara mudah dan tepat.
BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN ONE OFF RM100 SECARA ONLINE
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 SARA 2025
Individu dewasa di seluruh negara berpeluang menikmati bantuan RM100 SARA ini, dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 SARA
Agihan bantuan tambahan SARA sebanyak RM100 akan dilaksanakan mengikut butiran berikut:

- Pembelian barangan asas melalui MyKad bagi penerima layak akan bermula pada 31 Ogos 2025 dan berakhir pada 31 Disember 2025.
JUMLAH BANTUAN SARA RM100
- Bantuan tambahan SARA RM100 akan disalurkan kepada semua individu dewasa yang berumur 18 tahun ke atas, tidak kira kategori mereka – termasuk bujang, warga emas atau penerima isi rumah.
- Mereka yang berada di bawah tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
- Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
CARA GUNA BANTUAN SARA
Untuk memudahkan penggunaan bantuan RM100 SARA dalam MyKad, penerima boleh ikuti langkah-langkah berikut sebagai panduan:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
BANTUAN RM100 SARA 2025 SEMAKAN
Semakan status bantuan RM100 SARA boleh dilakukan secara dalam talian melalui 2 platform rasmi. Panduan penuh serta pautan portal disertakan di bawah:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan RM100 SARA 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]