CARA GUNA RM100 SARA DALAM MYKAD UNTUK BELI BARANG
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak sebagai penghargaan untuk rakyat dalam usaha meringankan beban kos sara hidup semasa. Bantuan ini diagihkan bermula 31 Ogos 2025 terus ke Mykad penerima dan semakan status boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025.
Bagi penerima yang pertama kali menerima sumbangan ini pasti tertanya-tanya bagaimana cara guna RM100 SARA dalam MyKad untuk beli barang. Untuk itu, sila semak maklumat lanjut yang kami sediakan di bawah untuk rujukan.
BACA JUGA: CHECK STATUS PENERIMA SARA ONE OFF 2025
APA ITU BANTUAN RM100 SARA?
Bantuan RM100 SARA merupakan bantuan tambahan yang diberikan secara one-off (sekali bayar) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad kepada penerima yang layak. Tiada permohonan diperlukan. Semua individu dewasa berumur 18 tahun ke atas warganegara Malaysia layak untuk menerima bantuan ini secara automatik.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 SARA
Bayaran bagi bantuan RM100 SARA akan dibuat mengikut jadual berikut:
- Tarikh mula bayaran: 31 Ogos 2025.
- Kaedah bayaran: Kredit terus kedalam MyKad penerima.
- Tempoh agihan: Sekali gus secara One-Off.

CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN RM100 SARA
Cara untuk semak status kelayakan bantuan RM100 SARA boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025 melalui laman rasmi SARA https://sara.gov.my dan aplikasi MyKasih. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan:
SEMAK RM100 DALAM LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SEMAK RM100 SARA DALAM APLIKASI MYKASIH
- MUAT TURUN APLIKASI
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- Google Play Store (Android)
- Apple App Store (iPhone)
- Cari & pasang “MyKasih” di:
- LOG MASUK / DAFTAR
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Tetapkan atau reset PIN 6-digit jika belum pernah log masuk.
- SEMAK BAKI
- Buka aplikasi & pergi ke menu “Dompet” / Wallet.
- Baki SARA RM100 akan dipaparkan secara automatik.
- Anda juga boleh semak:
- Tarikh bantuan dikreditkan
- Senarai barangan yang dibenarkan
- Tempoh sah penggunaan
- CIRI TAMBAHAN
- Cari kedai berhampiran yang terima SARA.
- Imbas bar kod produk untuk semak kelayakan.
- Dapatkan notifikasi program bantuan terkini.
- NOTA PENTING
- Jika gagal log masuk aplikasi:
- Guna pautan web semakan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Pastikan MyKad anda masih sah & aktif.
- Baki tidak digunakan akan luput mengikut tarikh akhir program (rujuk aplikasi/web rasmi).
- Jika gagal log masuk aplikasi:

BAGAIMANA CARA GUNA RM100 SARA DALAM MYKAD UNTUK BELI BARANG?
Cara guna RM100 SARA dalam MyKad untuk beli barang, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan RM100 SARA boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

KENAPA BANTUAN INI PENTING?
Penganalisis ekonomi berpendapat bahawa pemberian sumbangan SARA RM100 walaupun kecil, tetap mampu memberi impak segera. Dengan harga barangan keperluan asas yang semakin meningkat, bantuan terus kedalam MyKad dapat meringankan beban keluarga.
Bantuan ini menjadi simbol komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat. Ia sebagai suntikan kewangan segera yang diberi terus kepada penerima yang layak. Selain itu, SARA RM100 ini juga menjadi pelengkap bantuan sedia ada yang bertindak sebagai tambahan khas untuk menampung keperluan yang tak dijangka.
RUJUKAN
Panduan bagi Cara Guna RM100 SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]