SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2025: CARA MUDAH SEMAK KELAYAKAN
Semakan Status SARA MyKasih 2025 boleh dibuat di www.mykasih.com.my. Bantuan ini diberikan secara automatik kepada penerima STR 2025 dan eKasih berdasarkan kategori dan pendapatan. Jumlah bantuan antara RM900 hingga RM2,100 setahun, disalurkan terus ke MyKad untuk pembelian barangan asas.
BACA JUGA: CARA SEMAK BAKI KREDIT MYKASIH : SEMAKAN 2025
BAGAIMANA CARA SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2025
Untuk semakan status bantuan SARA MyKasih 2025, anda hanya perlu masuk ke portal MyKasih dan ikuti langkah berikut:
- Layari laman web rasmi: https://www.mykasih.com.my
- Pilih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan klik pada [SEMAKAN KELAYAKAN]
- Masukkan No. Kad Pengenalan (IC) anda.
- Klik [Semak Status].
- Status permohonan anda akan dipaparkan:
- Lulus & Aktif
- Dalam Proses
- Tidak Layak / Gagal
APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH 2025?
SARA (Sumbangan Asas Rahmah) ialah bantuan kerajaan secara bulanan selama 12 bulan dengan jumlah bantuan sehingga RM2,100 setahun yang disalurkan melalui platform MyKasih untuk membeli barangan asas seperti:
- Beras
- Telur
- Minyak masak
- Susu
- Sayur dan buah
- Produk kesihatan & kebersihan diri
- Produk kebersihan rumah; dan
- 14 kategori barangan yang dibenarkan.
Bantuan ini khusus untuk golongan B40 yang telah layak menerima STR 2025 (Sumbangan Tunai Rahmah) dan berdaftar dengan eKasih. Bantuan ini diberikan secara automatic dan tiada permohonan perlu dibuat.
BILA TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2025?
Untuk tahun 2025, bayaran dikreditkan mengikut fasa bulanan berdasarkan jadual berikut:
| BULAN | ISI RUMAH (B40) | ISI RUMAH (M40) | WARGA EMAS (B40/M40) | BUJANG |
|---|---|---|---|---|
| Januari | RM100 | – | RM100/ – | RM50 |
| Februari | RM100 | – | RM100/ – | RM50 |
| Mac | RM100 | – | RM100/ – | RM50 |
| April | RM200 | RM100 | RM150/RM50 | RM50 |
| Mei | RM200 | RM100 | RM150/RM50 | RM50 |
| Jun | RM200 | RM100 | RM150/RM50 | RM50 |
| Julai | RM200 | RM100 | RM150/RM50 | RM50 |
| Ogos | RM200 | RM100 | RM150/RM50 | RM50 |
| September | RM200 | RM100 | RM150/RM50 | RM50 |
| Oktober | RM200 | RM100 | RM150/RM50 | RM50 |
| November | RM200 | RM100 | RM150/RM50 | RM50 |
| Disember | RM200 | RM100 | RM150/RM50 | RM50 |
BAGAIMAN CARA GUNA MYKAD UNTUK TEBUS BANTUAN?
- Tiada tunai diberi! Anda perlu guna MyKad sebagai eWallet di kedai yang mengambil bahagian.
- Imbas MyKad di POS sistem & beli barang keperluan sahaja.
- Kedai yang terlibat termasuk:
- Mydin
- Econsave
- 99 Speedmart
- Lotus; dan
- Lebih 3500 pasaraya dan kedai runcit tempatan berdaftar MyKasih
SIAPA YANG LAYAK TERIMA SARA MYKASIH?
Penerima yang layakan adalah berdasarkan data STR dan eKasih 2025. Anda layak jika:
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000
- Tersenarai sebagai penerima STR 2025
- Tersenarai dalam pengkalan data eKasih
- Tiada permohonan diperlukan, kelayakan adalah secara automatik.
SOALAN LAZIM (FAQ)
YA, masih boleh dapat. Anda tetap layak 6 bulan bantuan.
YA. Bantuan SARA dikredit ke MyKad, bukan bank.
Biasanya minggu terakhir setiap bulan. Rujuk jadual rasmi.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan Status Sara Mykasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Hotline MyKasih: 03-7720 1800
- Emel: [email protected]
- Web rasmi: https://www.mykasih.com.my
- Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 5 petang)