SEMAKAN SARA MYKASIH ONLINE : STATUS PENERIMA 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Bantuan ini disalurkan ke dalam MyKad penerima yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan telah memperluaskan capaian dan jumlah penerima SARA bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat secara langsung.
Bagaimanakah cara membuat semakan status SARA MyKasih secara online? Ikuti artikel ini untuk info yang lebih lanjut.
BACA JUGA: CHECK SENARAI BARANGAN BANTUAN MYKASIH
SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025
Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima bantuan. Berikut adalah senarai syarat tersebut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan. Atau;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
BILAKAH TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH?
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih disusun mengikut kategori kelayakan penerima dengan tarikh yang berlainan, seperti dijelaskan di bawah:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH?
Jumlah bantuan SARA MyKasih yang diterima akan berbeza mengikut kategori penerima, dan ia akan dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka secara cashless. Sila lihat jadual di bawah untuk info lanjut mengenai kategori penerima dan jumlah bantuan:
- PENERIMA B40
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
CARA GUNA SARA MYKASIH
Untuk menggunakan bantuan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad, penerima boleh mengikuti langkah-langkah panduan di bawah:
- Pastikan anda penerima yang sah.
- Semak nama anda dalam sistem MyKasih.
- Kunjungi pasar raya atau kedai rakan MyKasih berdekatan.
- Pilih barangan asas yang dibenarkan.
- Semasa pembayaran, hanya perlu imbas MyKad dan masukkan PIN 6-digit (jika perlu).
- Resit akan dikeluarkan dan amaun ditolak daripada baki bantuan bulanan anda.
- Gunakan bantuan sebelum tamat tempoh (sehingga 31 Disember 2025).
SEMAKAN SARA MYKASIH ONLINE
Terdapat dua platform rasmi yang boleh digunakan untuk membuat semakan status bantuan SARA MyKasih secara online. Berikut dikongsikan portal dan panduan semakan:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan (contoh: RM100 Januari–Mac).
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan SARA MyKasih Online ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Pengumuman Belanjawan 2025 (Kementerian Kewangan Malaysia) : https://www.treasury.gov.my/index.php/en/budget